Saturday, May 1, 2010

Makan tengahari

Assalamualaikum..

Setelah sekian lama tak dapat jemputan dari minah-minah arab ke rumah mereka untuk makan tengahari,tiba-tiba pada suatu hari,mekda (my junior tahun satu) sampai ke rumah dengan tercungap-cungapnya kemudian berkata :

"Kak shirot,pi umah arab esok nak??makan kus-kus.."

(mekda ni asal Perlis dan loghat negeri dia masih pekat kat lidah tu)

saya : erm,tengok la dulu..

mekda : ala..meh la..hampa tau nak borak-borak apa dengan depa nanti,kami pi dengan kak fie je..nanti tak cakap apa-apa.

saya : haa..yerla..

kemudian,lepas solat jumaat,kiteorang pon bertolak ke rumah kawan mekda tu..

Bila sampai je rumah kawan mekda tu,tak menyempat-nyempat terus hidang air..then terus hidang kus-kus.Selalunya,arab ni..kalau kita sampai rumah dia,baru la dia nak start masak.Kalau macam biasa,kami akan melalui fasa-fasa kebuluran dulu,dan bertukar menjadi pelahap kemudian.


Ish..bila dah lama tak pekena kus-kus,tetiba dapat pulak,memang jadi macam wanita yang duduk dalam gua time zaman batu dulu..hukhukhuk

Teringat pulak saya masak kus-kus untuk family saya time saya balik cuti hari tu,dengan semangatnya,saya pon cerita kat kawan baik saya Aminah.So,dia pun tanya : "macam mana ko buat??"

"erm..aku letak ni..bla..bla..bla..dan aku letak serbuk kulit kayu manis"

last2 berdekah2 minah tu gelak..saya tanya apsal??dia cakap.."ko buat kus-kus ikut cara org Malaysia ke ape??Mana ada kus-kus letak serbuk tu..konfident je.."

Jadi..kepada sedara-maraku yang salin resepi hari tu,tolong buangkan "serbuk kulit kayu manis" dari senarai resepi tersebut yea..

lepas makan,kasi makanan turun sikit,kawan mekda tu hidang teh.Lepas minum teh dan solat asar,kiteorang pon bertolak balik rumah.Bila tengok kawasan rumah dia,sayu pulak saya rasa.Selamba je family dia duduk dekat rumah yang baru 70% siap,dan ada orang-orang yang duduk kat kawasan rumah dia tu rumah setinggan yang beratapkan plastik dan baru-batu lebihan yang diorang kutip dari saki-baki binaan lain.

kami cakap terima kasih yang tak terhingga kat kawan mekda sebab sudi jemput kiteorang walau dalam serba kekurangan tapi kami sangaat2 happy dapat jemputan dari dia dan kawan mekda ni lain dari yang lain sebab dia ni lucu.Asyik gelak je kat rumah dia.

hurm..

okla..nak siap2 untuk program hari ni..nanti update lagi yea..

p/s: Wajia..aku saja je buat entry ni..aku tau ko tgh mengidam kus-kus kan..hakhakhak

5 comments:

NIA said...

wAH..cam best je kus-kus tu..yum yum:))

war-g-ya said...

adus menggoda jiwalah kuskus ni.geramnya aku tgk,nk makan free je,cni sure2 kena g restoran kn.hehe nak buat malas.

Siti Sarah said...

semalam kami pn dpt kuskus baik punyaa....xterabis mkn bertiga...konyang giloss..burppp :D

Sha-na.Szied said...

wah wah kak shirot.. skng nih rajin update blog, bagus3x .....

mst best mkn kus2 sbb dah lame x mkn ngn org arab...

huhu kat casa tiap ari jumaat makan huhu^_^

kemsalam kt orang Rabat :)

Saya said...

cik sizuka: erm..memang best kus-kus ni..kalau mule2 makan mungkin rasa mcm pelik sikit..tapi bila dah selalu,mau mengidam kot..huhu

war-g-ya: ish..mak dia buat kus-kus tu mmg sedap,lain dr yg lain sbb mak dia mmg tukang masak pon..

siti sarah: tu la..si Husna cite kat aku..wahh..indahnya dapat kus-kus..

naeila: korg ni saje je la nak heles kan org..cet..!