Tuesday, July 9, 2013

DIET (1)

Assalamualaikum wbt,

Apa khabar semua..Sorry sebab lama sangat dah saya tak update. Tapi selalu je datang tengok blog-blog orang lain..

Untuk kali ni saya tak tahu kenapa tapi hati saya kembang-kembang macam happy sangat. Yang penting saya rasa sangat happy sebab nak celebrate ramadhan. Rasa sayu dan bersyukur sebab Allah bagi kesempatan untuk celebrate Ramadhan kali ini. Tadi saya call mak, dan dia beritahu yang jiran saya baru je meninggal dunia kelmarin. Sayu rasanya. Takut pun ada. Terfikir, bila la turn kita pula kan??

Anyway, kali ini saya dah plan nak kuruskan badan. Asalnya tiba-tiba mak tanya, "sheah taknak ada boyfriend dan kahwin ke?"..

Saya bukan tak nak. Tapi takut. Takut akan berkenalan dengan orang yang salah. Takut nanti dah tangkap cintan, tiba-tiba dia bukan untuk saya. Sedih kan macam tu. Selain tu, saya ni bukannya cantik pun. Pada saya, kalau kita baik macam mana pun, orang mesti pentingkan "looks" dulu. Tu pasal ada pepatah "dari mata turun ke hati" dan "cinta pandang pertama".

So, alhamdulillah, saya sekarang keje part time di UPM sebagai penterjemah di Fakulti Ekonomi untuk research project Halal. Jadi apa-apa yang patut, saya akan translate. Ada kakak officemate saya ni sangat baik, so dia tengah diet. Dia ikut program "Diet Atkins". Setakat ni berkesan. So, tiba-tiba saya pun terpanggil untuk diet juga. Sebelum ni, saya ada baca-baca pasal program diet ni. Tapi selalu tak jadi sebab tak mampu nak lawan nafsu sendiri.


Jadi sempena Ramadhan kali ini, saya bertekad untuk betul-betul jalankan diet ni. Nak jadi sihat dan cantik. Nanti saya akan update dengan korang semua apa jadi. WOKEYY??

Excited pulak. Rasa macam tak sabar.

Ok, esok saya update. apa yang saya makan sepanjang 2 minggu induction ni.

Monday, January 9, 2012

lamanyaaa..

Assalamualaikum wbt..

Lamanya saya tak update blog..sebenarnya rindu sangat2 nak cerita2 kat sini..

Pernah je ada niat untuk tutup blog ni..tapi sayang sebab banyak perkara yang saya lalui sewaktu saya di Morocco, saya cerita kat sini..sedih,gembira,lucu..

Dan dengan blog ni juga, ramai orang yang saya kenal..saya suka baca cerita2 orang lain yang banyak memberi motivasi kepada saya..saya kenal ramai kawan2..

Mak selalu tanya kenapa saya tak update blog dah..jawapan saya, sebenarnya apa yang menimpa diri saya tahun 2010 membuatkan 89% dari semangat saya hilang..saya takut nak jumpa orang..saya takut bila telefon bunyi..saya takut untuk tengok "status update" di facebook..

Tapi saya bersyukur sangat dengan ujian Allah tu, dari situ saya dapat tahu yang mak saya sayang saya sangat2 dan sanggup berkorban apa saja demi kebahagian anak2..kak ain pulak sentiasa ada di sisi dan sentiasa membantu saya dalam kesusahan..abg shezal dan shahir tak pernah putus asa untuk beri semangat dan membangkitkan keyakinan saya..abg sheman selalu merupakan mentor sy untuk terus berjaya..adam dan arsyad sentiasa cuba untuk menggembirakan saya saat saya sedih dengan telatah mereka..tak lupa juga kepada kawan2 saya yang setia mendengar cerita dan mendoakan..

(Nanti bila saya dah berjaya, saya akan ceritakan apa yang terjadi..INSYAALLAH)

Sunday, June 5, 2011

exam fever



nak kata stress..takde pun beriya baca buku..hukhuk

actually stress sebab tengok buku yang banyak sangat kene cover untuk exam and assignment yang tak ada titik henti ni..sebenarnya kalau buat sendiri mungkin..tapi kalau buat ikut kumpulan dengan orang arab ni..buat darah boleh naik tinggi sikit..kene mengalah je..(mungkin sebab orang asia memang terkenal dengan sifat suka mengalah kot)

bila stress2 macam ni,mula la nak tengok gambar2 orang-orang Malaysia sebab nak hilangkan home-sick (tapi tak berjaya pon..makin menebal perasaan nak balik tu adalah..huhu)


so sibuk tengah mengira hari nak balik..sibuk umumkan kat semua orang home-sick..tapi kalau lepas exam sure perasaan ni hilang..hampehkan..hukhuk..

so untuk mereka yang ada dalam fatrah exam, bitaufiq wannajah..semoga dipermudahkan menghafal serta ketika menjawab exam..maaf atas segala salah dan silap..

Monday, May 30, 2011

Boleh terima tak?

hari ni ada mood nak update blog..sebab firstly roomate saya semua tak ada..avi n nita pergi Rabat sebab diorang ade interview untuk TEMUS (kira macam tenaga pelajar untuk tolong para haji di Mekah nanti) best kan diorang..boleh pergi haji..dalam masa yang sama tolong orang.. Mintak-mintak la Lembaga Tabung Haji Malaysia terbaca post ni so that satu hari nanti diorang pon terfikir nak buat program macam TEMUS ni dan bagi peluang kat pelajar-pelajar untuk lalui dan aplikasi ilmu diorang melalui program TEMUS macam student Indonesia (beranganlahh...)

So memandangkan mereka balik Rabat,saya keseorangan dalam bilik dan tak ada geng nak borak2 and cerita2 melainkan laptop ni..(ade je student2 asrama lain..tapi malas nak pergi kepoci2 dengan mereka)

Sejak dua menjak ni saya sangat2 busy sebab exam final nak dekat..assignment berlambak2 yang amat sangat..dah 2 malam kot tido kul 1pagi bangun kul 5 pagi then tak tidur dah seharian..(fuhh..sangat membanggakan)

So semalam lepas-lepak kat rumah Amal, kawan baru saya (nanti saya cerita..)..dalam pukul 4 saya minta diri untuk balik asrama..so sampai-sampai je kat hostel terus buka laptop dan sambung buat keje sekolah..dalam kul 8 malam gitu,kawan arab dari blok sebelah ajak makan malam..wah..gembira bukan kepalang.. sebab tak payah nak masak malam ni..hekhek..

Lepas solat maghrib,saya pergi bilik kawan yang jemput tadi..bila sampai2 je..terkesima saya..ingat makan malam..rupa-rupanya dia ajak MINUM TEH sambil borak-borak makan popcorn..

sabar je la makcik..so lepas habis minum teh,saya mintak izin nak balik bilik..(dalam kepala dah fikir nak masak sardin dengan bubur..fuhh..bestnye makan panas2..letak cili n carrot)..yerla..kang lepak lama-lama kat bilik diorang nampak bebenor nak tunggu makan malam..huhu..

sampai2 je kat bilik, terus serbu gas..tengok2 gas habisssss...!!tapi time tu tak putus asa lagi..
siap2 untuk gi kedai sebab nak tukar gas..sampai je kat kedai,pakcik kedai cakap gas habis..!!esok petang baru lori gas sampai..

Balik bilik dengan seribu kehampaan..last-last sambung buat keje sekolah and minum air masak je..sampai la pukul 3 pagi..then tido..

pagi tadi ade kelas dari pukul 8 sampai kul 12 tengah hari..konfem2 la tak sempat nak breakfast..sempat minum air je dua gelas..lepas kelas ade discussion pasal assignment sampai pukul 3 ptang..dengan harapan balik asrama,singgah kedai pakcik Sussi nak beli sandwich ke ape2 yang boleh lapik perut..tapi..sampai2 je kat kedai Sussi tu,dia punya gas pon habis..so dia tak masak sandwich hari ni sebab lori gas tak datang lagi..


BOLEH TERIMA TAK??

oklah..nak gi cari makanan kat luar asrama jap..

Sunday, May 29, 2011

apa khabar?

assalamualaikum...

ya ALLAH..

lama bebetul tak update blog ni..ape ntah dah jadi..ish3..
insyaAllah kalau ade hari rajin dan masa yang banyaaaaakkk..akan diupdate..

Friday, January 14, 2011

Update

MasyaAllah... dah lama bebenor saya tak update blog ni.Mungkin mak saya pun dah lupa apa address blog ni.. Alhamdulillah.. saya berjaya dapat ijazah pada tahun 2010 tapi sehari sebelum birthday saya yang ke 22. (kira baru 21 tahun la kan time tu..ehe)

Macam-macam perkara yang saya dah lalui dan saya rasa yang saya sendiri tak sangka saya pernah lalui perkara2 tu.

Tanggal 12 Januari 2011 saya dengan rasminya ditabal sebagai pelajar Master di Universiti Sidi Ben Abdellah,Fes cawangan Dhar el Mehrez dalam pengkhususan Usulfiqh dan Qawaid Fiqhiyyah dan implimentasi ke atas permasalahan masa kini (saya tak pernah terfikir pun nak amik kursus ni..tapi mungkin ada hikmah disebalik ketentuan ini.)

Untuk dapatkan persetujuan ni..fuhhh...Allah je la yang tahu apa yang saya lalui..kalau airmata darah tu dah mengalir,agaknya memang akan mengalir..(ecewaahh)

Saya sekarang tak ada rumah lagi sebab saya seorang je perempuan yang dicampak ke Fes ni (sebelum ni pun tak pernah lagi ada pelajar perempuan Malaysia yang datang belajar di Morocco dan dihantar ke Fes.) Jadi saya tinggal secara seludup dengan pelajar dari Indonesia di asrama. (nasib baik ada mereka..Kami di sini kalau sesama Asia tu sangat2 akrab..mungkin sebab tak ramai kot)

Saya selalu teringin untuk jadi yang pertama..contoh macam "perempuan yang pertama berjaya memijak kaki lelaki yang rasa diri dia macam bagus itu" atau "anugerah perempuan pertama yang berjaya mendaki gunung everest".. tapi saya tahu..mungkin mustahil..tapi sebenarnya kalau kita betul-betul mahukan sesuatu dan berazam,pasti kita akan dapat "sesuatu" itu.

Segalanya bermula bila saya ke Lab di asrama untuk menggunakan internet (secara percuma- dahla seludup boleh guna internet free pulak..xpe..peluang keemasan..hehe)

Tengah saya asyik bergossip dengan ibu dan kakak saya,tiba-tiba datang seorang pelajar perempuan Maghribi dan bertanya " ukhti,wash khawiya huna?" (dalam dialek darijah Morocco yang bermaksud "cik yang cun, adakah sini kosong?" ,lalu saya pun mendongak,dah berkata "haa??" (tak dengar sebab sibuk concentrate dengan tangan kat keyboard sambil satu kening terangkat..ecewaaahhh).. Pelajar itu mengulangi soalannya tadi..saya hanya balas dengan anggukan.. Dan dia membebel lagi tapi saya tak dengar sebab bukan senang nak guna internet yang laju dan berkuasa tinggi ini. Lalu dia bertanya " anti mashi Maghribiyyah?" (maksudnya : awak bukan dari Maghribi?) saya angguk lagi diiringi dengan senyuman..dia pun tanya lagi "minin?" (maksudnya : dari mana?) saya jawab : dari Malaysia.. mata pelajar perempuan tu jadi bulat bagaikan tak percaya lalu berkata "saya tak pernah jumpa lagi pelajar perempuan dari Malaysia. Pertama kali saya dengar ni" lalu dengan bangganya saya menjawab "erm..sebab saya pelajar perempuan pertama dari Malaysia yang belajar di Fes.."

Lepas saya habis guna internet,saya balik ke bilik sambil senyum sorang-sorang "wahhh.. tak sangka ya..saya perempuan pertama Malaysia yang belajar kat sini..hehe.." (ceh..poyo je..kecoh la minah ni..)

(dan saya taip entry ni pun sambil senyum sorang2..hampeh betul..eheh..)

ok..nanti saya masukkan gambar keadaan asrama dan kuliah saya..

Saturday, October 23, 2010

Ladies day out


Assalamualaikum..


Dah lama tak jalan-jalan lakukan aktiviti selain dari singgah kenduri kahwin atau openhouse.Kalau tak, setiap hujung minggu sure saya,mak,kak ain dan dua orang budak kenit (adam dan arsyad) memenuhi jemputan kenduri kahwin atau openhouse.

Teringat ada sekali tu kiteorang berjaya pergi ke 7 buah openhouse dalam masa sehari.Memang rasa macam nak meletop perut ni..

So minggu ni lepas tanya mak apa plan..mak kata maybe minggu ni kita duduk rumah je. Tapi memang tau kang last minutes mesti ada program.

Jadi saya pun amik kesempatan ni nak jumpa kawan-kawan sekolah saya dulu.Mak cakap kalau nak jumpa kawan boleh.Ajak la diorang datang rumah.(mak memang risau kalau saya keluar-keluar sebab sekarang kan macam-macam mende jadi melainkan keluar dengan family) So saya plan nak masak kek coklat dan mee sup sebab kononnya nak ajak Jehan,dayot,Haqani, Dayah cipudin datang umah..Bagus jugak idea mak.At least boleh (girl talk,-ofcoz gossip-,and cerita pasal latest design tudung,baju,kasut) lama-lama sikit.Tapi dayot kene jaga kedai mak dia.Jehan pulak dah plan nak balik rumah dia.So ingat tak jadi.Tapi Dayah msg kat Fb kata jadi.

Tapi dah cakap kat dia.Lepak kat umah,makan-makan then gi jalan-jalan kat Shopping mall dekat dengan rumah je.Jaya Jusco ke,Wangsa walk ke..Dia pon tak kesah.Mak masakkan sup mushroom dan kek kurma.(sedaaaaaaaaaaaap).

Dayah sampai umah pukul 1 tengah hari.Lepas solat zohor, mak ajak pergi Kompleks Kraf Tangan kat jalan conlay.WOw..puas hati sebab dapat tengok banyak baju CANTIK-CANTIK dan menggeramkan. Kak ain, saya dan dayah tak kelip-kelip tengok baju kaftan yang cantik-cantik.Ada yang telah dimodenkan. Tapi sangat suka tengok jubah-jubah kaftan yang cantik-cantik.

Lepas habis fashion show,mak kata nak balik sebab nak rehat. So saya dengan dayah ke Wangsa Walk sebab saya tak pernah pergi ke sana lagi. Lepas balik hantar mak kejap, peluk dua orang budak kenit tu (sebab diorang nak gi umah atok/nenek sebelah ayah diorg) then terus ke Wangsa walk.

Lepas cari-cari surau satu wangsa walk tu, saya dengan dayah solat kejap. Ya Allah,ramai betul orang kat surau. Tunggu turn untuk pakai telekong pon 20 min baru dapat.Saya terfikir.MasyaAllah..kalau la orang Islam yang solat tu dah ramai macam ni..tu belum campur dengan orang Islam yang tak solat lagi. Ramai sebenarnya orang Islam kat Malaysia ni .

Then jalan-jalan lagi sampai penat kaki. Saya nak beli kasut baru. Telah jatuh cinta dengan satu wedges ni. Tapi saya takut nanti menyesal beli. So dayah cakap, takpa, kita jalan-jalan dulu.

Lepas dah betul-betul penat, baru la kami pergi minum air and makan char kueh tiew kat mamak NZ.

Akhirnya nak beli mende lain. Tapi bayar kat perkara lain. Walau macam mana pon saya puas hati.

-buku,cushion cover,aroma terapy-

Bila dah kenyang, saya hantar Dayah balik rumah sebab dia duduk dekat je dengan Wangsa Walk.

Akhirnya, dah sampai kat depan rumah Dayah, barulah saya teringat yang saya lupa nak bagitau Haqani yang kitaorang jadi keluar hari ni. heheh... Sorry..