Sunday, May 30, 2010

Jalan-jalan

Assalamualaikum...


Semalam lepas frust tak dapat gi "haflah-jamuan" yang kononnya ada,(ahahah),saya,mekda dan dilla (junior saya) ke Marjane.Diorang cakap "jomla kite pergi makan haflah "meja 9" kat Marjane"--

hahaha..kesian junior-junior saya tu..Sebelum tu saya dapat sms dari junior saya di Kenitra tentang satu tempat yang saya kene pergi di Souissi,Rabat untuk wakilkan mereka.Sambil tu kalau ada rezeki cari nama sorang Puan ni insyaAllah dapat makan jamuan sebab Puan tu yang jemput dan siap bagi table no 9 untuk kami.So saya ajak dua orang housemate saya untuk teman ke tempat tu.Diorang pon "menyemat" la (yerla nak pergi haflah kaan..).. Bila dah sampai tempat tu..tetiba kiteorang dapat satu kertas..dan macam tu je..

Dila dah cakap.."erk..xde pape ke?"

Saya dah senyum-senyum..Mekda dah buat muka pelik..(ahaha)..saya cakap kat diorang,takpela jom la kita pergi cari table 9 kat Marjane..ahaha

Bila sampai je Marjane,orang masih lengang lagi..so kiteorang pon main tangkap-tangkap gambar..(saya hanya temankan diorg je..yerla..senior kan..ehehe..tapi join jugak sebenarnya)

lepas tu makan-makan..then pergi beli apa yang patut dekat dalam Marjane tu..Marjane ni kire macam Tesco la kalau kat Malaysia tu..

Teringin nak makan waffle..mula2 tanya berapa harga,last2 orang tu cakap "10 dirham"..so kami pon amik la 3..then cakap nak dengan coklat..untuk tambah coklat tu pon 10 dirham..cet..!!dah tambah coklat tu baru dia bagitahu harga..memang betul la budak ni..!!

(kire 20dirham tu macam rm8 la utk satu mende alah ni dengan coklat..)



nasib baik sedap..!!



Anyway kami memang have fun semalam..hehe..alhamdulillah..sampai penat-penat jugak la kaki pusing Marjane tu (Marjane ni takda la besar mana.Tapi sebab round2 banyak kali..ahah)

so ok..

senyum..!

Saturday, May 22, 2010

Sambung belajar


asalamualaikum..

Saya risau..

Kelmarin,saya pergi satu "muassasah" ni..kira macam tempat belajar tapi khas untuk post-graduate.Saya nak risik-risik pasal macam mana nak sambung belajar kat sana.Ada kawan saya dari Syria rekemen saya untuk pergi sambung belajar kat sana.Kelebihan belajar kat tempat tu banyak la jugak.Tempat cantik,belajar guna komputer,ada library,dapat biasiswa tiap-tiap bulan lebih kurang RM700.Muassasah ni namanya Darul Hadith dan tempat ni under kuasa Raja Morocco.

Saya macam tertarik nak belajar sini bukan sebab dapat biasiswa tu..tapi sebab environment dia yang menarik.Macam Malaysia.Bila pergi je macam bersemangat nak belajar.Tapi belajar kat sini memang strict.Tiap2 kelas amik hehadiran.Kalau ponteng lebih 5 hari kene buang serta-merta.Belajar dari pukul 8 pagi hingga 6 petang.

Lepas tu kalau belajar kat tempat tu kene struggle sikit since lecturer dia diajar untuk mengajar tak bagi muka kat student biarpon dia bangsa asing..Belajar dalam 100% bahasa Arab.Satu sem ada 16 subjek.Wajib belajar bahasa ibri (bahasa yahudi),french,english..

Saya ada tanya pendapat seorang student Indonesia yang belajar kat situ..Dia kata kalau kental nak belajar sini..silakan.Sebab sini tak seperti apa yang anti jangkakan.. (tetibe seram pulak..hukhukhuk)

Lepas dah tengok-tengok tempat tu,saya dengan Azma (junior saya) pi pekena syawarma dekat area muassasah tu..Setakat ni syawarma kat situ memang terbaik..!syawarma ni kira macam kebab la..saya siap bawak sos cili pineapple dalam beg lagi semata-mata nak pergi makan syawarma kat situ..

siap beli take away lagi..ahha...ni la sos yg menjadi pujaan hatiku..!

Tuesday, May 18, 2010

jalan-jalan lagi


Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh...


Dah sekian lama saya tak keluar rumah jalan-jalan.Lepas kawan-kawan saya balik Malaysia,saya hanya keluar untuk pergi kelas perancis,pergi usrah,pergi rumah kak rahmah.Sampai kan nak keluar pergi kedai pon malas.

Hampir sebulan lebih jugak saya duduk je kat rumah.Nak keluar rumah je takde mood sebab takda geng and takde orang nak teman.Junior-junior saya bila balik kelas diorang dah penat.So malas nak ajak diorg.Dua minggu lepas (hari khamis) saya terpaksa keluar sebab nak amik kad pengenalan yang hampir sebulan siap dan saya tak pergi amik lagi..(hehe..MALAS LA NAK PERGI AMIK..!!!)

bila keluar je..fuhhh..macam ada nafas baru..dah alang-alang keluar,saya gi makan sorang-sorang kat kedai makan Thai fav saya (sebab teringin nak makan sushi udang tempura)..sedaaap..sambil tu duduk-duduk baca buku,dah sejam baru balik rumah..ekekek

So hari Jumaat hari tu,Sarah call saya tanya saya busy tak weekend ni sebab nak ajak jalan-jalan dekat Rabat.(wah,saya on je..ehehe)..

Kiteorang pergi souk (setiap bandar kat Morocco ni ada souk khas diorang tapi barang lebih kurang sama je)..Lepas pergi souk,ke Oudaya,Jalan sepanjang laut.then terus ke aswak salam (kire macam supermarket kat Morocco ni) sebab kat aswak salam ada jual barangan Malaysia.

~Cantikkan laut..tenang je ~


saya nak kejar beli sos pineapple tu.Sedaaaap..hilang rindu dekat cili sos Malaysia.Lepas dah membakar duit dekat market tu,kiteorang naik tingkat atas sebab nak makan makanan Asia.Dish yang Sarah amik tu sedaaaap..Rasa macam satay tapi takde serai..Tapi tak boleh lawan satay Malaysia la..Saya macam biasa sibuk dengan sushi saya dengan mee goreng makanan laut.


makan mende alah wasabi ni rase macam nak pecah hidung..ekekek..terus attack kat otak..tapi sedaap..huhu..

boleh la nanti beli mende ni..kalau anak murid nak tido dlm kelas..masak la korang..eheheh

okla..

senyum..!

Sunday, May 16, 2010

kejap..

~tengah tengok saham pagi ni~
Assalamualaikum..

gud morning..

Kejap...! Kejap..! Kejap..! (baca macam yang bunyi2 kat Yahoo Messenger tu)

Japgi saya update yer..sekarang nak siap2 nak keluar kejap..

Saturday, May 8, 2010

Happy Mother's Day



Assalamualaikum..

Baru lepas chatting dengan mak saya tadi.Cerita-cerita pasal gambar,update story dan macam-macam lagi.Bila jadi macam ni,rasa macam tak sabar pulak nak balik Malaysia..(ishh..rindu pulak)

Sambil-sambil cakap-cakap dengan mak melalui Yahoo Messenger,saya pon terbukak hati nak bukak facebook dan barulah tau bahawa hari ni Mother's day sebab terbaca satu status post..huhu..So cepat-cepat saya wish kat mak saya..

Last-last mak saya cakap..Laaa..mother's day semalam la..apa la lambat wish..

Dalam hati saya (alamak..hukhukhuk)

Saya : ooo..yer ke semalam??..ni semua orang cakap hari ni..Erk..xpela..kan everyday is Mother's day..hukhuk (coverline)


Junior saya pulak cerita-cerita kat saya dan diorg kata esok..aikkk..mana satu ni??

So to mak..Sheah tak ada banyak duit nak bawak mak pergi melancong sana sini dan belikan mak barang-barang yang best-best..Sheah tak cukup hebat untuk jadi macam orang yang mak nak..Kadang-kadang sheah tak cukup masa nak borak-borak dengan mak..

Tapi sheah nak ucap terima kasih yang tak terhingga kat mak sebab besarkan sheah dengan kasih-sayang yang cukup..Masa yang cukup untuk sheah bila sheah perlukan mak..Duit yang mencukupi untuk membesarkan sheah dan berikan pendidikan yang sebaiknya..Dan mak adalah orang yang paling hebat dalam hidup sheah..

(tulis sambil nangis2..malu2..)

Buat masa ni..hanya sekeping ijazah ni je la yang sheah boleh bagi kat mak..

Happy mother's day..Always keep in mind that your love will always be with me and I always love you..

Thursday, May 6, 2010

kelas french..

Assalamualaikum..

Untuk menyebok kan diri saya dan mengisi masa saya..saya daftarkan diri untuk amik kelas french for beginners dekat bandar..

So kelasnya tiap-tiap petang isnin dan rabu.Mula-mula takut jugak sebab saya sorang dan kelas tu start pukul 7 malam.Saya cuba jugak cari kat tempat lain tapi semua tak menepati apa yang saya nak..Tempat tersorok la..insfraktuktur a.k.a tandas tak bagus la dan mcm2 lagi..Lagipon kelas yang saya amik ni murah sikit.

Lama jugak saya amik masa utk buat keputusan ni.Yerla,kelas petang.Pulak tu saya sorang.Selain tu ada kawan sy cakap takut tak guna je ilmu ni..Ilmu tanpa amal kan umpama pokok tanpa buah.Tapi lepas lama2 fikir,insyaAllah guna jugak tu nanti..Dah cuba mintak waktu yang lain tapi pegawai yang incharge tu cakap untuk beginners hanya ada waktu tu je.So saya pon tawakal je la amik kelas tu.

First day saya keluar tu takut sangat.Macam-macam junior2 saya pesan..(risau jugak diorg ni kat saya..hukhukhuk)..Sebab hari dah nak senja.So saya amik teksi then terus ke tempat tu.Bila sampai kat kelas pulak dah masuk waktu maghrib.Saya tanya receptionist tu nak solat kat mana,so dia pon cakap kat tingkat satu.Fuh..lega..ada tempat solat.

Kelas first saya sikit sangat orang.Ada tujuh orang je kot.Dan saya sangat terkejut sebab time saya solat tu ada sorang minah ni join sekali..dan minah tu adalah Prof yang incharge untuk mengajar kelas saya tu.hukhukhuk..

Macam biasa la..kelas first Prof ajar macam mana nak sebut ABC dalam french dengan betul dan suku kata dan macam mana nak sebut perkataan dengan betul.Sangat seronok sebab belajar dari basic and boleh tanya kalau tak faham since kuantiti pelajar sikit so prof boleh pay attention lebih kat kita.

Kelas habis pukul 9.Memang takut tahap maksima nak keluar ke bus stop cari teksi untuk balik umah.Nasib baik minah yang duduk sebelah saya time dalam kelas tu kata dia nak ke bus stop depan.So saya cepat2 ikut dia.Kalau ada apa2 jadi..ishh..xnak la fikir..

So saya pon tunggu la teksi.Bila teksi sampai,saya macam nak berebut teksi dengan seorang wanita ni..huhu..then baru la perasan yang dia tu Prof saya tadi..

So sekarang ni kalau nak balik,saya dah ada geng sebab saya akan balik dengan Prof tu.Dan yang lagi best kalau ada apa2 tak faham saya boleh tanya dia time dalam teksi sementara nak sampai kat umah dia.oh ya..duit teksi pon jadi lagi save sebab kite cutting dua orang..

okla..taktau dah nak cite ape..

Au revoir..!

Tuesday, May 4, 2010

emo..dengan Maya ADAMAYA!

Assalamualaikum...


baru lepas tengok cite ADAMAYA episod 17..sangat stress dengan Maya sekarang ni..warghh!

huhu..~~

saya dengan aman and mekda sangat tak puas hati dengan Maya dari episod 14 lagi..diorang ni peneman setia saya time tengok cite Adamaya..huhu..

so konklusi yang kiteorg boleh buat adalah :

1) Cinta takkan terjadi kalau bertepuk sebelah tangan.(maya yang pegi bagi feedback kat Dani buat ape..hishh)

2) Kalau iman tak kuat,memang senang nak menyerong (Sebab tengok maya tak solat subuh walaupon Adam dah bangun untuk solat dan dia cakap kat episod 17 tadi dia bangun lewat..wahaha)

3) Banyak2 bersabar dan jangan cepat melatah..( sangat respect dengan Adam sebab berjaya berfikir dengan rasional,hurm..kalau saya la..dah cubit maya kat betis dia..pastu cucuk bijik mata dani..sibok je nak tackle bini orang..org yg single kan berlambak lagi..macam saya,dayot,jeyhan dan ramai lagi..wahahaha...!)

okla..

itu je untuk hari ni..!

Monday, May 3, 2010

Program

Assalamualaikum..

erm..hari sabtu lepas persatuan pelajar kat sini ade organize satu program "protokol"..memang agak menarik.Sebab pada saya,kite memang perlukan "ilmu" itu apabila berdepan dengan mereka2 yang sepatutnya.Ia juga sebagai tanda hormat dari kita kepada beliau,mereka dan...

sebab "hormat" tu kan penting dalam kehidupan seseorang.Kalau takda rasa hormat tu yang boleh buat gaduh la,ape la..

So selain tu ada slot motivasi yang berjaya membangkitkan jiwa pelajar2..yerla.. selalunye student2 islamic studies ni memang low-self esteem sikit.yerla,kalau kita tengok pon,berapa ketul sangat organisasi yang nak sponser pelajar pegi belajar untuk amik pengajian Islam.Dan peluang pekerjaan,kalau tak terer nak cari peluang,konferm la menjadi penganggur yang bertauliah tak pon penternak lemak yang berjaya..huhu..

still teringat lagi time sebelum saya datang sini, ada sorang makcik tu cakap macam ni lagi "alaa,konfem tak pegi la tu.." sebab panggilan flight pelajar untuk ke Morocco ada problem..cet..jenggrenggunggeng..!

Beza kalau orang dapat tau pelajar yang belajar islamic studies dan course2 professional macam engineer, doctor dan sebagainya.Tapi sebenarnya course agama ni tak kurang hebatnya.cuba check kat dalam al-quran dan hadith, asas sains,matematik,bisnes studies, akhlak dan kehidupan dan baaaaaaaaaaanyaaaaaaaakkkk lagi terdapat didalamnya..

Tapi alhamdulillah,setelah waktu berubah,ramai orang yang telah berubah pendapat pada student2 ni dan pada Islam itu sendiri..mereka mula memandang akan pentingnye mereka2 ni..

xpela..anyway..untuk mereka-mereka yang mempelajari ilmu agama ni,janganlah kalian rasa rendah diri kerana rezeki,manfaat dan kemudharatan tu ada di tangan Allah.Macam encik Suhaimy cakap :adakan objektif dalam hidup (sedangkan imam Syatibi susah2 fikir tentang objektif hukum Allah,kite ni dah memadai untuk fikir objektif hidup sendiri je)

kita perlu fikir dan hidup diluar kepompong pemikiran kita.Bergaul dengan orang supaya kita boleh dapat pendapat baru.Dan jangan cuba untuk melangkah garisan syariat yang telah Allah tetapkan sebab kalau langkah jugak..masak la ko..!

dan untuk makcik yang mulut bajet power yang x kesah pasal hati orang lain..nanti saya bawak kete jaguar x-type R,taknak bagi makcik tompang siap nak saje je hon2 depan umah makcik sambil pakai spec mata hitam yang besar..huhu (konfem la saya x dpt kete ni sbb niat nak berlagak..wahahahaha)

okla..itu je kot untuk saya melalut pada hari ni..

Saturday, May 1, 2010

Makan tengahari

Assalamualaikum..

Setelah sekian lama tak dapat jemputan dari minah-minah arab ke rumah mereka untuk makan tengahari,tiba-tiba pada suatu hari,mekda (my junior tahun satu) sampai ke rumah dengan tercungap-cungapnya kemudian berkata :

"Kak shirot,pi umah arab esok nak??makan kus-kus.."

(mekda ni asal Perlis dan loghat negeri dia masih pekat kat lidah tu)

saya : erm,tengok la dulu..

mekda : ala..meh la..hampa tau nak borak-borak apa dengan depa nanti,kami pi dengan kak fie je..nanti tak cakap apa-apa.

saya : haa..yerla..

kemudian,lepas solat jumaat,kiteorang pon bertolak ke rumah kawan mekda tu..

Bila sampai je rumah kawan mekda tu,tak menyempat-nyempat terus hidang air..then terus hidang kus-kus.Selalunya,arab ni..kalau kita sampai rumah dia,baru la dia nak start masak.Kalau macam biasa,kami akan melalui fasa-fasa kebuluran dulu,dan bertukar menjadi pelahap kemudian.


Ish..bila dah lama tak pekena kus-kus,tetiba dapat pulak,memang jadi macam wanita yang duduk dalam gua time zaman batu dulu..hukhukhuk

Teringat pulak saya masak kus-kus untuk family saya time saya balik cuti hari tu,dengan semangatnya,saya pon cerita kat kawan baik saya Aminah.So,dia pun tanya : "macam mana ko buat??"

"erm..aku letak ni..bla..bla..bla..dan aku letak serbuk kulit kayu manis"

last2 berdekah2 minah tu gelak..saya tanya apsal??dia cakap.."ko buat kus-kus ikut cara org Malaysia ke ape??Mana ada kus-kus letak serbuk tu..konfident je.."

Jadi..kepada sedara-maraku yang salin resepi hari tu,tolong buangkan "serbuk kulit kayu manis" dari senarai resepi tersebut yea..

lepas makan,kasi makanan turun sikit,kawan mekda tu hidang teh.Lepas minum teh dan solat asar,kiteorang pon bertolak balik rumah.Bila tengok kawasan rumah dia,sayu pulak saya rasa.Selamba je family dia duduk dekat rumah yang baru 70% siap,dan ada orang-orang yang duduk kat kawasan rumah dia tu rumah setinggan yang beratapkan plastik dan baru-batu lebihan yang diorang kutip dari saki-baki binaan lain.

kami cakap terima kasih yang tak terhingga kat kawan mekda sebab sudi jemput kiteorang walau dalam serba kekurangan tapi kami sangaat2 happy dapat jemputan dari dia dan kawan mekda ni lain dari yang lain sebab dia ni lucu.Asyik gelak je kat rumah dia.

hurm..

okla..nak siap2 untuk program hari ni..nanti update lagi yea..

p/s: Wajia..aku saja je buat entry ni..aku tau ko tgh mengidam kus-kus kan..hakhakhak