Thursday, May 6, 2010

kelas french..

Assalamualaikum..

Untuk menyebok kan diri saya dan mengisi masa saya..saya daftarkan diri untuk amik kelas french for beginners dekat bandar..

So kelasnya tiap-tiap petang isnin dan rabu.Mula-mula takut jugak sebab saya sorang dan kelas tu start pukul 7 malam.Saya cuba jugak cari kat tempat lain tapi semua tak menepati apa yang saya nak..Tempat tersorok la..insfraktuktur a.k.a tandas tak bagus la dan mcm2 lagi..Lagipon kelas yang saya amik ni murah sikit.

Lama jugak saya amik masa utk buat keputusan ni.Yerla,kelas petang.Pulak tu saya sorang.Selain tu ada kawan sy cakap takut tak guna je ilmu ni..Ilmu tanpa amal kan umpama pokok tanpa buah.Tapi lepas lama2 fikir,insyaAllah guna jugak tu nanti..Dah cuba mintak waktu yang lain tapi pegawai yang incharge tu cakap untuk beginners hanya ada waktu tu je.So saya pon tawakal je la amik kelas tu.

First day saya keluar tu takut sangat.Macam-macam junior2 saya pesan..(risau jugak diorg ni kat saya..hukhukhuk)..Sebab hari dah nak senja.So saya amik teksi then terus ke tempat tu.Bila sampai kat kelas pulak dah masuk waktu maghrib.Saya tanya receptionist tu nak solat kat mana,so dia pon cakap kat tingkat satu.Fuh..lega..ada tempat solat.

Kelas first saya sikit sangat orang.Ada tujuh orang je kot.Dan saya sangat terkejut sebab time saya solat tu ada sorang minah ni join sekali..dan minah tu adalah Prof yang incharge untuk mengajar kelas saya tu.hukhukhuk..

Macam biasa la..kelas first Prof ajar macam mana nak sebut ABC dalam french dengan betul dan suku kata dan macam mana nak sebut perkataan dengan betul.Sangat seronok sebab belajar dari basic and boleh tanya kalau tak faham since kuantiti pelajar sikit so prof boleh pay attention lebih kat kita.

Kelas habis pukul 9.Memang takut tahap maksima nak keluar ke bus stop cari teksi untuk balik umah.Nasib baik minah yang duduk sebelah saya time dalam kelas tu kata dia nak ke bus stop depan.So saya cepat2 ikut dia.Kalau ada apa2 jadi..ishh..xnak la fikir..

So saya pon tunggu la teksi.Bila teksi sampai,saya macam nak berebut teksi dengan seorang wanita ni..huhu..then baru la perasan yang dia tu Prof saya tadi..

So sekarang ni kalau nak balik,saya dah ada geng sebab saya akan balik dengan Prof tu.Dan yang lagi best kalau ada apa2 tak faham saya boleh tanya dia time dalam teksi sementara nak sampai kat umah dia.oh ya..duit teksi pon jadi lagi save sebab kite cutting dua orang..

okla..taktau dah nak cite ape..

Au revoir..!

6 comments:

Bonda said...

Ecewah... bila tukar layout..

hehehe..

Saya said...

hehe..

nampak mcm kiut2 kan..
minggu lepas tukar layout..huhu

NIA said...

rindu nk blajar french..hehe..:)

Saya said...

sizuka pernah bljr french yea dulu??

best jugak..tp sbb malas tu yg lambat pick-up sikit..huhu

Anonymous said...

oghvua

Nekmo said...

huhu..lepas ni boleh cakap french la kan?hehe..