Thursday, February 26, 2009

{punctual}


yesterday i went to majlis ilmi at madinah because my lecturer was giving a talk on how to be punctual.Ada sesetengah orang,sifat tepati waktu sangat susah untuk diterapkan dalam diri mereka.Banyak tips yang dah diberi tapi still tak boleh nak berubah.mungkin perubahan yang berlaku itu pun tak sampai 60%.Jadi semalam dia cuba bincangkan ape yang membuatkan sifat tepati waktu ni susah sangat nak diaplikasikan dalam hidup seharian.

So semalam dia ade bagi satu form bancian.Dalam form tu banyak la soalan yang ada kene-mengena dengan diri kita.Ish,boleh katakan mejoriti soalan tu kene tang batang idungku.Rasa macam kene cubit dengan mak je bila baca soalan-soalan dia.Pedih..ekekek..

Contohnya,
1)adakah anda selalu hadir pada waktunya apabila ade perjanjian?
2)adakah mejoriti waktu digunakan untuk berehat?
3)adakah setiap apa yang saya rancang dalam seharian itu dapat dijalankan?
4)adakah saya perlu membeli waktu rakan-rakan saya?
5)adakah saya mempunyai tujuan hidup?
6)saya selalu lambat?
7)adakah saya mengambil masa yang lebih lama untuk menyiapkan sesuatu tugasan?(melengah2kan)

dan ade 6 lagi soalan yang lain..tapi 7 soalan ni..memang faveret den.. =D

so lepas dah banci..dia pun temui satu konklusi.

apakah perasaan kita jika kita tak dihormati?contohnya macam orang buat kita macam tak hadir je kat dalam dunia ni.kita lagi senior tapi dia buat macam biasa je.macam orang muda yang tak hormati orang tua.suami yang tak hormat hak isteri..isteri yang tak kesah kat suami.sure kita berapi berasap semua kan?


jadi untuk dihormati,kita perlulah hormati orang dulu.kita yang kene jadi "jump start".anggap orang yang membuat temu janji dengan kita adalah orang yang kita hormati.

silambat mungkin akan rasa biasa je bila dia lambat.tapi sicepat rasa pedih je bila nak kene tunggu lama2..(penantian memang satu penyiksaan..kalau tak percaya,cuba la menanti..!)

sama juga dalam solat.bagaimana nak solat awal waktu?kalau kita hormat pada hukum Allah dan juga hadirkan rasa malu dalam diri sebab kita lewat buat temu-janji dengan Allah,nanti sikit2 kita dapat mempercepatkan waktu solat tu.

kita analogikan hal ni dengan kalau korg gi dating..tensyen tak kalau awek @ balak kalian datang lambat..haa..pastu kalau dating..leh dating kejap je..sebab dia lambat..takut kalau balik lewat nanti kang kene belasah dengan bapak..

so..kenapa kita tak boleh awalkan waktu solat dan dating la lama-lama sikit dengan Allah..tak rugi apa2 pon..sebab kalau solat akhir waktu nanti hati pon tak khusyuk sebab gelabah takut masuk waktu solat lain.

so pendek kata (sebab panjang tak kata ape2 pon)..hadirkan lah sifat "menghormati" dalam diri anda.

daku pon nak try la teknik ni..

5 comments:

Biru said...

Semoga menjadi sahabat yang baik pada waktu!

(puas akak baca banyak2 kali, apa tu silambat. ingtkan seni memperthnkn diri silambam ke. rupa2nya Si Lambat. Hoho)

Mekasih atas entri kali ni. Kita jaga 'dating' kt dgn Allah, pasti Dia suka kan? =)

Teruskan menulis!

Shinju said...

wah kawan..tajuknya "puctual"
apa itu puctual?
kau kena jadi puctual
aku pun kena jadi puctual
semua kena puctual

he he he =)

Saya said...

aku salah eja la bijak..

wajia..aku terdelete komen ko..sbb aku wat setting ape entah..tau2 terdelete..ko tulis balik la komen ko..ekekeke..

drNO said...

huah huah huah...kena lecture pasal punctuality la pulak kita ni...
very good topic there :)

Saya said...

thanx sis..!

tu la pasal..rase mcm nak try la..hr tu azam tahun baru ada jugak nak punctual..tapi kadang2 je la..huhu..