Tuesday, December 15, 2009

penat~

tarik nafas..lps tu..lepas..ish3..apsal entah minggu ni..macam2 pulak kene uji..

kalau keje ujian kewangan,setakat ni alhamdulillah..tapi ujian perasaan dengan perangai orang memang banyak.. dengan orang yang talam dua muka,ada orang yang kaki mengumpat pendek kata macam-macam lah..

tapi saya tau,ni semua ujian dalam fatrah imtihan..untuk tengok kita ni tabah ke tak..Allah tu lagi mengetahui..

Setiap kali saya kene apa-apa,satu mende je saya pegang..mungkin ada perkara yang Allah nak bagi pada kita,tapi dia nak uji kita dulu samada kita sanggup nak terima atau tidak..mungkin dalam bentuk amanah ke..(tapi saya selalu fikir..ooo..mungkin lepas ni aku nak dapat duit banyak kot..hikhikhik..)

tak kesah la apa pon yang kita fikir..yang penting dengan cara apa kita atasi tekanan yang ada dalam diri..bila sampai kat tahap ni..hanya kesabaran je la mampu menjadi benteng..sbb kalau kita atasi dengan cara marah,saya teringat pulak ada satu imam ni dia terangkan dalam kitab dia "apabila seseorang itu marah,maka dia akan TIDAK menggunakan otaknya/akalnya untuk berfikir"..

Jadi kalau nak buktikan yang anda ni berakal,banyak2kanlah diam dan bersabar..oh..jadikan solat sunat juga Al-quran sebagai teman..kadang2 bila ada ayat2 di dalam al-quran berjaya menenangkan hati kita..lebih-lebih lagi bila kita jumpa ayat2 Allah ceritakan tentang cabaran2 yang dihadapi oleh nabi2 terdahulu..atau ayat2 yang menyuruh kita bersabar dan Allah sentiasa bersama org2 yang sabar..bila ada ayat2 macam tu..boleh meleleh gak airmata ni..apala sangat nak dibandingkan ujian kita dengan ujian mereka..

erm..mak pon selalu pesan..orang yang bertindak ikut emosi ni selalu kalah..

So respect diri anda..ambil masa untuk releks..dan respon pada persekitaran..bahahahah..

2 comments:

خديجة خليلة said...

Allah Yusahhil 'alaina wa 'alaik.

Dulu, awak ada nasihatkan akak masa tu tarikh 29.12.2008; makin besar Allah uji Kak Lilah, makin besar ganjaran yang Kak Lilah akan dapat.

Masa tu, hari akak kena rompak. Sambil awak picit-picit akak, awak bagi nasihat mcm tu. Lebih-lebih lagi masa tu musim peperiksaan dan semester terakhir utk akak. Dan, ganjaran Allah itu memang Maha Besar.

Jadinya, beruntunglah kerana kita dipilih utk menerima ujian Allah kerana kita juga bakal menerima ganjaran-Nya kelak. InsyaAllah.

Love,
Kak Lilah

(mcm menyampah lak tulis love2 gitu.. keke..)

Saya said...

huhu..

kak lilah..saya baru je baca comment akak..

dah lama tak bukak blog..

Hari ni awal muharram..teringat pulak tragedi yang menimpa akak thn lepas..

erm..macam biasa..sabar and doa je la yang mampu saya buat..

mekasih akak..

Hug,
Shahirah

(baru la lain sikit dari akak..huhu)