Saturday, October 23, 2010

Ladies day out


Assalamualaikum..


Dah lama tak jalan-jalan lakukan aktiviti selain dari singgah kenduri kahwin atau openhouse.Kalau tak, setiap hujung minggu sure saya,mak,kak ain dan dua orang budak kenit (adam dan arsyad) memenuhi jemputan kenduri kahwin atau openhouse.

Teringat ada sekali tu kiteorang berjaya pergi ke 7 buah openhouse dalam masa sehari.Memang rasa macam nak meletop perut ni..

So minggu ni lepas tanya mak apa plan..mak kata maybe minggu ni kita duduk rumah je. Tapi memang tau kang last minutes mesti ada program.

Jadi saya pun amik kesempatan ni nak jumpa kawan-kawan sekolah saya dulu.Mak cakap kalau nak jumpa kawan boleh.Ajak la diorang datang rumah.(mak memang risau kalau saya keluar-keluar sebab sekarang kan macam-macam mende jadi melainkan keluar dengan family) So saya plan nak masak kek coklat dan mee sup sebab kononnya nak ajak Jehan,dayot,Haqani, Dayah cipudin datang umah..Bagus jugak idea mak.At least boleh (girl talk,-ofcoz gossip-,and cerita pasal latest design tudung,baju,kasut) lama-lama sikit.Tapi dayot kene jaga kedai mak dia.Jehan pulak dah plan nak balik rumah dia.So ingat tak jadi.Tapi Dayah msg kat Fb kata jadi.

Tapi dah cakap kat dia.Lepak kat umah,makan-makan then gi jalan-jalan kat Shopping mall dekat dengan rumah je.Jaya Jusco ke,Wangsa walk ke..Dia pon tak kesah.Mak masakkan sup mushroom dan kek kurma.(sedaaaaaaaaaaaap).

Dayah sampai umah pukul 1 tengah hari.Lepas solat zohor, mak ajak pergi Kompleks Kraf Tangan kat jalan conlay.WOw..puas hati sebab dapat tengok banyak baju CANTIK-CANTIK dan menggeramkan. Kak ain, saya dan dayah tak kelip-kelip tengok baju kaftan yang cantik-cantik.Ada yang telah dimodenkan. Tapi sangat suka tengok jubah-jubah kaftan yang cantik-cantik.

Lepas habis fashion show,mak kata nak balik sebab nak rehat. So saya dengan dayah ke Wangsa Walk sebab saya tak pernah pergi ke sana lagi. Lepas balik hantar mak kejap, peluk dua orang budak kenit tu (sebab diorang nak gi umah atok/nenek sebelah ayah diorg) then terus ke Wangsa walk.

Lepas cari-cari surau satu wangsa walk tu, saya dengan dayah solat kejap. Ya Allah,ramai betul orang kat surau. Tunggu turn untuk pakai telekong pon 20 min baru dapat.Saya terfikir.MasyaAllah..kalau la orang Islam yang solat tu dah ramai macam ni..tu belum campur dengan orang Islam yang tak solat lagi. Ramai sebenarnya orang Islam kat Malaysia ni .

Then jalan-jalan lagi sampai penat kaki. Saya nak beli kasut baru. Telah jatuh cinta dengan satu wedges ni. Tapi saya takut nanti menyesal beli. So dayah cakap, takpa, kita jalan-jalan dulu.

Lepas dah betul-betul penat, baru la kami pergi minum air and makan char kueh tiew kat mamak NZ.

Akhirnya nak beli mende lain. Tapi bayar kat perkara lain. Walau macam mana pon saya puas hati.

-buku,cushion cover,aroma terapy-

Bila dah kenyang, saya hantar Dayah balik rumah sebab dia duduk dekat je dengan Wangsa Walk.

Akhirnya, dah sampai kat depan rumah Dayah, barulah saya teringat yang saya lupa nak bagitau Haqani yang kitaorang jadi keluar hari ni. heheh... Sorry..


No comments: