Sunday, June 5, 2011
exam fever
nak kata stress..takde pun beriya baca buku..hukhuk
actually stress sebab tengok buku yang banyak sangat kene cover untuk exam and assignment yang tak ada titik henti ni..sebenarnya kalau buat sendiri mungkin..tapi kalau buat ikut kumpulan dengan orang arab ni..buat darah boleh naik tinggi sikit..kene mengalah je..(mungkin sebab orang asia memang terkenal dengan sifat suka mengalah kot)
bila stress2 macam ni,mula la nak tengok gambar2 orang-orang Malaysia sebab nak hilangkan home-sick (tapi tak berjaya pon..makin menebal perasaan nak balik tu adalah..huhu)
so sibuk tengah mengira hari nak balik..sibuk umumkan kat semua orang home-sick..tapi kalau lepas exam sure perasaan ni hilang..hampehkan..hukhuk..
so untuk mereka yang ada dalam fatrah exam, bitaufiq wannajah..semoga dipermudahkan menghafal serta ketika menjawab exam..maaf atas segala salah dan silap..
Monday, May 30, 2011
Boleh terima tak?
hari ni ada mood nak update blog..sebab firstly roomate saya semua tak ada..avi n nita pergi Rabat sebab diorang ade interview untuk TEMUS (kira macam tenaga pelajar untuk tolong para haji di Mekah nanti) best kan diorang..boleh pergi haji..dalam masa yang sama tolong orang.. Mintak-mintak la Lembaga Tabung Haji Malaysia terbaca post ni so that satu hari nanti diorang pon terfikir nak buat program macam TEMUS ni dan bagi peluang kat pelajar-pelajar untuk lalui dan aplikasi ilmu diorang melalui program TEMUS macam student Indonesia (beranganlahh...)
So memandangkan mereka balik Rabat,saya keseorangan dalam bilik dan tak ada geng nak borak2 and cerita2 melainkan laptop ni..(ade je student2 asrama lain..tapi malas nak pergi kepoci2 dengan mereka)
Sejak dua menjak ni saya sangat2 busy sebab exam final nak dekat..assignment berlambak2 yang amat sangat..dah 2 malam kot tido kul 1pagi bangun kul 5 pagi then tak tidur dah seharian..(fuhh..sangat membanggakan)
So semalam lepas-lepak kat rumah Amal, kawan baru saya (nanti saya cerita..)..dalam pukul 4 saya minta diri untuk balik asrama..so sampai-sampai je kat hostel terus buka laptop dan sambung buat keje sekolah..dalam kul 8 malam gitu,kawan arab dari blok sebelah ajak makan malam..wah..gembira bukan kepalang.. sebab tak payah nak masak malam ni..hekhek..
Lepas solat maghrib,saya pergi bilik kawan yang jemput tadi..bila sampai2 je..terkesima saya..ingat makan malam..rupa-rupanya dia ajak MINUM TEH sambil borak-borak makan popcorn..
sabar je la makcik..so lepas habis minum teh,saya mintak izin nak balik bilik..(dalam kepala dah fikir nak masak sardin dengan bubur..fuhh..bestnye makan panas2..letak cili n carrot)..yerla..kang lepak lama-lama kat bilik diorang nampak bebenor nak tunggu makan malam..huhu..
sampai2 je kat bilik, terus serbu gas..tengok2 gas habisssss...!!tapi time tu tak putus asa lagi..siap2 untuk gi kedai sebab nak tukar gas..sampai je kat kedai,pakcik kedai cakap gas habis..!!esok petang baru lori gas sampai..
Balik bilik dengan seribu kehampaan..last-last sambung buat keje sekolah and minum air masak je..sampai la pukul 3 pagi..then tido..
pagi tadi ade kelas dari pukul 8 sampai kul 12 tengah hari..konfem2 la tak sempat nak breakfast..sempat minum air je dua gelas..lepas kelas ade discussion pasal assignment sampai pukul 3 ptang..dengan harapan balik asrama,singgah kedai pakcik Sussi nak beli sandwich ke ape2 yang boleh lapik perut..tapi..sampai2 je kat kedai Sussi tu,dia punya gas pon habis..so dia tak masak sandwich hari ni sebab lori gas tak datang lagi..
BOLEH TERIMA TAK??
oklah..nak gi cari makanan kat luar asrama jap..

Sunday, May 29, 2011
apa khabar?
assalamualaikum...
ya ALLAH..
lama bebetul tak update blog ni..ape ntah dah jadi..ish3..
insyaAllah kalau ade hari rajin dan masa yang banyaaaaakkk..akan diupdate..
ya ALLAH..
lama bebetul tak update blog ni..ape ntah dah jadi..ish3..
insyaAllah kalau ade hari rajin dan masa yang banyaaaaakkk..akan diupdate..
Friday, January 14, 2011
Update
MasyaAllah... dah lama bebenor saya tak update blog ni.Mungkin mak saya pun dah lupa apa address blog ni.. Alhamdulillah.. saya berjaya dapat ijazah pada tahun 2010 tapi sehari sebelum birthday saya yang ke 22. (kira baru 21 tahun la kan time tu..ehe)
Macam-macam perkara yang saya dah lalui dan saya rasa yang saya sendiri tak sangka saya pernah lalui perkara2 tu.
Tanggal 12 Januari 2011 saya dengan rasminya ditabal sebagai pelajar Master di Universiti Sidi Ben Abdellah,Fes cawangan Dhar el Mehrez dalam pengkhususan Usulfiqh dan Qawaid Fiqhiyyah dan implimentasi ke atas permasalahan masa kini (saya tak pernah terfikir pun nak amik kursus ni..tapi mungkin ada hikmah disebalik ketentuan ini.)
Untuk dapatkan persetujuan ni..fuhhh...Allah je la yang tahu apa yang saya lalui..kalau airmata darah tu dah mengalir,agaknya memang akan mengalir..(ecewaahh)
Saya sekarang tak ada rumah lagi sebab saya seorang je perempuan yang dicampak ke Fes ni (sebelum ni pun tak pernah lagi ada pelajar perempuan Malaysia yang datang belajar di Morocco dan dihantar ke Fes.) Jadi saya tinggal secara seludup dengan pelajar dari Indonesia di asrama. (nasib baik ada mereka..Kami di sini kalau sesama Asia tu sangat2 akrab..mungkin sebab tak ramai kot)
Saya selalu teringin untuk jadi yang pertama..contoh macam "perempuan yang pertama berjaya memijak kaki lelaki yang rasa diri dia macam bagus itu" atau "anugerah perempuan pertama yang berjaya mendaki gunung everest".. tapi saya tahu..mungkin mustahil..tapi sebenarnya kalau kita betul-betul mahukan sesuatu dan berazam,pasti kita akan dapat "sesuatu" itu.
Segalanya bermula bila saya ke Lab di asrama untuk menggunakan internet (secara percuma- dahla seludup boleh guna internet free pulak..xpe..peluang keemasan..hehe)
Tengah saya asyik bergossip dengan ibu dan kakak saya,tiba-tiba datang seorang pelajar perempuan Maghribi dan bertanya " ukhti,wash khawiya huna?" (dalam dialek darijah Morocco yang bermaksud "cik yang cun, adakah sini kosong?" ,lalu saya pun mendongak,dah berkata "haa??" (tak dengar sebab sibuk concentrate dengan tangan kat keyboard sambil satu kening terangkat..ecewaaahhh).. Pelajar itu mengulangi soalannya tadi..saya hanya balas dengan anggukan.. Dan dia membebel lagi tapi saya tak dengar sebab bukan senang nak guna internet yang laju dan berkuasa tinggi ini. Lalu dia bertanya " anti mashi Maghribiyyah?" (maksudnya : awak bukan dari Maghribi?) saya angguk lagi diiringi dengan senyuman..dia pun tanya lagi "minin?" (maksudnya : dari mana?) saya jawab : dari Malaysia.. mata pelajar perempuan tu jadi bulat bagaikan tak percaya lalu berkata "saya tak pernah jumpa lagi pelajar perempuan dari Malaysia. Pertama kali saya dengar ni" lalu dengan bangganya saya menjawab "erm..sebab saya pelajar perempuan pertama dari Malaysia yang belajar di Fes.."
Lepas saya habis guna internet,saya balik ke bilik sambil senyum sorang-sorang "wahhh.. tak sangka ya..saya perempuan pertama Malaysia yang belajar kat sini..hehe.." (ceh..poyo je..kecoh la minah ni..)
(dan saya taip entry ni pun sambil senyum sorang2..hampeh betul..eheh..)
ok..nanti saya masukkan gambar keadaan asrama dan kuliah saya..
Subscribe to:
Posts (Atom)