Assalamualaikum wbt,
Apa khabar semua..Sorry sebab lama sangat dah saya tak update. Tapi selalu je datang tengok blog-blog orang lain..
Untuk kali ni saya tak tahu kenapa tapi hati saya kembang-kembang macam happy sangat. Yang penting saya rasa sangat happy sebab nak celebrate ramadhan. Rasa sayu dan bersyukur sebab Allah bagi kesempatan untuk celebrate Ramadhan kali ini. Tadi saya call mak, dan dia beritahu yang jiran saya baru je meninggal dunia kelmarin. Sayu rasanya. Takut pun ada. Terfikir, bila la turn kita pula kan??
Anyway, kali ini saya dah plan nak kuruskan badan. Asalnya tiba-tiba mak tanya, "sheah taknak ada boyfriend dan kahwin ke?"..
Saya bukan tak nak. Tapi takut. Takut akan berkenalan dengan orang yang salah. Takut nanti dah tangkap cintan, tiba-tiba dia bukan untuk saya. Sedih kan macam tu. Selain tu, saya ni bukannya cantik pun. Pada saya, kalau kita baik macam mana pun, orang mesti pentingkan "looks" dulu. Tu pasal ada pepatah "dari mata turun ke hati" dan "cinta pandang pertama".
So, alhamdulillah, saya sekarang keje part time di UPM sebagai penterjemah di Fakulti Ekonomi untuk research project Halal. Jadi apa-apa yang patut, saya akan translate. Ada kakak officemate saya ni sangat baik, so dia tengah diet. Dia ikut program "Diet Atkins". Setakat ni berkesan. So, tiba-tiba saya pun terpanggil untuk diet juga. Sebelum ni, saya ada baca-baca pasal program diet ni. Tapi selalu tak jadi sebab tak mampu nak lawan nafsu sendiri.
Jadi sempena Ramadhan kali ini, saya bertekad untuk betul-betul jalankan diet ni. Nak jadi sihat dan cantik. Nanti saya akan update dengan korang semua apa jadi. WOKEYY??
Excited pulak. Rasa macam tak sabar.
Ok, esok saya update. apa yang saya makan sepanjang 2 minggu induction ni.