Friday, January 14, 2011

Update

MasyaAllah... dah lama bebenor saya tak update blog ni.Mungkin mak saya pun dah lupa apa address blog ni.. Alhamdulillah.. saya berjaya dapat ijazah pada tahun 2010 tapi sehari sebelum birthday saya yang ke 22. (kira baru 21 tahun la kan time tu..ehe)

Macam-macam perkara yang saya dah lalui dan saya rasa yang saya sendiri tak sangka saya pernah lalui perkara2 tu.

Tanggal 12 Januari 2011 saya dengan rasminya ditabal sebagai pelajar Master di Universiti Sidi Ben Abdellah,Fes cawangan Dhar el Mehrez dalam pengkhususan Usulfiqh dan Qawaid Fiqhiyyah dan implimentasi ke atas permasalahan masa kini (saya tak pernah terfikir pun nak amik kursus ni..tapi mungkin ada hikmah disebalik ketentuan ini.)

Untuk dapatkan persetujuan ni..fuhhh...Allah je la yang tahu apa yang saya lalui..kalau airmata darah tu dah mengalir,agaknya memang akan mengalir..(ecewaahh)

Saya sekarang tak ada rumah lagi sebab saya seorang je perempuan yang dicampak ke Fes ni (sebelum ni pun tak pernah lagi ada pelajar perempuan Malaysia yang datang belajar di Morocco dan dihantar ke Fes.) Jadi saya tinggal secara seludup dengan pelajar dari Indonesia di asrama. (nasib baik ada mereka..Kami di sini kalau sesama Asia tu sangat2 akrab..mungkin sebab tak ramai kot)

Saya selalu teringin untuk jadi yang pertama..contoh macam "perempuan yang pertama berjaya memijak kaki lelaki yang rasa diri dia macam bagus itu" atau "anugerah perempuan pertama yang berjaya mendaki gunung everest".. tapi saya tahu..mungkin mustahil..tapi sebenarnya kalau kita betul-betul mahukan sesuatu dan berazam,pasti kita akan dapat "sesuatu" itu.

Segalanya bermula bila saya ke Lab di asrama untuk menggunakan internet (secara percuma- dahla seludup boleh guna internet free pulak..xpe..peluang keemasan..hehe)

Tengah saya asyik bergossip dengan ibu dan kakak saya,tiba-tiba datang seorang pelajar perempuan Maghribi dan bertanya " ukhti,wash khawiya huna?" (dalam dialek darijah Morocco yang bermaksud "cik yang cun, adakah sini kosong?" ,lalu saya pun mendongak,dah berkata "haa??" (tak dengar sebab sibuk concentrate dengan tangan kat keyboard sambil satu kening terangkat..ecewaaahhh).. Pelajar itu mengulangi soalannya tadi..saya hanya balas dengan anggukan.. Dan dia membebel lagi tapi saya tak dengar sebab bukan senang nak guna internet yang laju dan berkuasa tinggi ini. Lalu dia bertanya " anti mashi Maghribiyyah?" (maksudnya : awak bukan dari Maghribi?) saya angguk lagi diiringi dengan senyuman..dia pun tanya lagi "minin?" (maksudnya : dari mana?) saya jawab : dari Malaysia.. mata pelajar perempuan tu jadi bulat bagaikan tak percaya lalu berkata "saya tak pernah jumpa lagi pelajar perempuan dari Malaysia. Pertama kali saya dengar ni" lalu dengan bangganya saya menjawab "erm..sebab saya pelajar perempuan pertama dari Malaysia yang belajar di Fes.."

Lepas saya habis guna internet,saya balik ke bilik sambil senyum sorang-sorang "wahhh.. tak sangka ya..saya perempuan pertama Malaysia yang belajar kat sini..hehe.." (ceh..poyo je..kecoh la minah ni..)

(dan saya taip entry ni pun sambil senyum sorang2..hampeh betul..eheh..)

ok..nanti saya masukkan gambar keadaan asrama dan kuliah saya..