Saturday, October 23, 2010

Ladies day out


Assalamualaikum..


Dah lama tak jalan-jalan lakukan aktiviti selain dari singgah kenduri kahwin atau openhouse.Kalau tak, setiap hujung minggu sure saya,mak,kak ain dan dua orang budak kenit (adam dan arsyad) memenuhi jemputan kenduri kahwin atau openhouse.

Teringat ada sekali tu kiteorang berjaya pergi ke 7 buah openhouse dalam masa sehari.Memang rasa macam nak meletop perut ni..

So minggu ni lepas tanya mak apa plan..mak kata maybe minggu ni kita duduk rumah je. Tapi memang tau kang last minutes mesti ada program.

Jadi saya pun amik kesempatan ni nak jumpa kawan-kawan sekolah saya dulu.Mak cakap kalau nak jumpa kawan boleh.Ajak la diorang datang rumah.(mak memang risau kalau saya keluar-keluar sebab sekarang kan macam-macam mende jadi melainkan keluar dengan family) So saya plan nak masak kek coklat dan mee sup sebab kononnya nak ajak Jehan,dayot,Haqani, Dayah cipudin datang umah..Bagus jugak idea mak.At least boleh (girl talk,-ofcoz gossip-,and cerita pasal latest design tudung,baju,kasut) lama-lama sikit.Tapi dayot kene jaga kedai mak dia.Jehan pulak dah plan nak balik rumah dia.So ingat tak jadi.Tapi Dayah msg kat Fb kata jadi.

Tapi dah cakap kat dia.Lepak kat umah,makan-makan then gi jalan-jalan kat Shopping mall dekat dengan rumah je.Jaya Jusco ke,Wangsa walk ke..Dia pon tak kesah.Mak masakkan sup mushroom dan kek kurma.(sedaaaaaaaaaaaap).

Dayah sampai umah pukul 1 tengah hari.Lepas solat zohor, mak ajak pergi Kompleks Kraf Tangan kat jalan conlay.WOw..puas hati sebab dapat tengok banyak baju CANTIK-CANTIK dan menggeramkan. Kak ain, saya dan dayah tak kelip-kelip tengok baju kaftan yang cantik-cantik.Ada yang telah dimodenkan. Tapi sangat suka tengok jubah-jubah kaftan yang cantik-cantik.

Lepas habis fashion show,mak kata nak balik sebab nak rehat. So saya dengan dayah ke Wangsa Walk sebab saya tak pernah pergi ke sana lagi. Lepas balik hantar mak kejap, peluk dua orang budak kenit tu (sebab diorang nak gi umah atok/nenek sebelah ayah diorg) then terus ke Wangsa walk.

Lepas cari-cari surau satu wangsa walk tu, saya dengan dayah solat kejap. Ya Allah,ramai betul orang kat surau. Tunggu turn untuk pakai telekong pon 20 min baru dapat.Saya terfikir.MasyaAllah..kalau la orang Islam yang solat tu dah ramai macam ni..tu belum campur dengan orang Islam yang tak solat lagi. Ramai sebenarnya orang Islam kat Malaysia ni .

Then jalan-jalan lagi sampai penat kaki. Saya nak beli kasut baru. Telah jatuh cinta dengan satu wedges ni. Tapi saya takut nanti menyesal beli. So dayah cakap, takpa, kita jalan-jalan dulu.

Lepas dah betul-betul penat, baru la kami pergi minum air and makan char kueh tiew kat mamak NZ.

Akhirnya nak beli mende lain. Tapi bayar kat perkara lain. Walau macam mana pon saya puas hati.

-buku,cushion cover,aroma terapy-

Bila dah kenyang, saya hantar Dayah balik rumah sebab dia duduk dekat je dengan Wangsa Walk.

Akhirnya, dah sampai kat depan rumah Dayah, barulah saya teringat yang saya lupa nak bagitau Haqani yang kitaorang jadi keluar hari ni. heheh... Sorry..


Wednesday, October 20, 2010

surat cinta

kawan baik saya emelkan pada saya surat ni..

kalau buat contoh karangan surat kiriman tak rasmi,sure cikgu pemeriksa tak tahu nak bagi markah berapa..

Salam,


amacam awekku? Lu orait ke? Wa harap lu ok-ok je..



Awekku, gua telah membaca surat lu tempohari. Apasal lu buat cenggini kat gua? Selama ni cintan gua terhadap lu bukan main. Lu ingat gua main-main ke? Cintan gua mendalam very deep you know! very deep purple! Lu tak perasan ke?



Apa yang kurangnya gua ni? Cuba lu cakap! Gua ni tak cukup hensem ke? Atau lu sudah ada balak lain? Lu sound gua beb! Mentang-mentang lu keja opis, lu ada skandal dengan mat despatch kat opis lu tu! Mamat poyo tu lu nak? Apa barang?!! Setakat mat despatch, kalau lu nak tau, gua dulupun pernah mintak jadi cikgu tapi tak dapat. Bukan pasal gua takde kelayakan tapi tadika kemas jarang amik cikgu lelaki. Lagipun jiwa gua lebih kepada seni. Tiket konsert gua semua habis jual! Sebab tulah gua jadi tukang jual tiket
konsert funfair buat sekian lamanya sampai tauke funfair tu tak offer kat onglain. Gua memang betul-betul tak puas hati ni! Lu memang bikin gua panas! Sampai hati lu buat macam ni kat gua setelah apa yang gua dah kasik kat lu. Lu ingat gua ni apa?!!



Awekku, lu ingat tak dulu sewaktu lu & gua first time jumpa? Masa tu hujan. Lu takde payung. Lu lari pegi kat bus stop. Lu basah kuyup. Kesian pulak gua tengok lu kesejukan. Gua bukak jeket gua pastu kasik lu pinjam. Baek punya gua usya. Start tulah lu & gua sama-sama sudah feeling-feeling. Gua ingat lagi lagu "antara gadis" masa tu kita layan menjadi lagu tema cinta gua kat lu. Gua selalu nyanyi lagu tu kat talipon public. Lu tak ingat ke? Ke lu dah lupa?!!



Pehal lu buat cenggini?!! Gua dah tangkap cintan maut kat lu wo! Janganlah buat gua macamni! Kalau lu tak suka cara gua lu cakaplah! Janganlah kerana besday lu gua hadiahkan t-shirt metallica, lu buat camni pulak kat gua. Gua tau sapa gua. Gua memang macamni, rocker sejati! Lu pun tau sapa gua. Dulu lu takdepun macam ni. Lu tak kisahpun! Lu layan selamba je. Tapi kenapa sekarang lu berubah? Nampak je gua rocker tapi gua pun beriman jugak, beb! Sembahyang jumaat tak tinggal wo!



Lu pikirlah sindri, beb! Gua dah curahkan segala-galanya kat lu. Gua dah sound mak bapak gua nak meminang lu. Gitar Gibson secondhand gua tu gua dah gadai. Gua buat modal nak kawin dengan lu. Cayalah cakap gua! Gua tak tipu! Betul cakap lu! Gua harap lu pikirlah baik-baik, beb! Gua dah takde awek lain lagi. Lu sorang jelah yang gua cinta. Awek lain gua usya diorg tak layan gua cakap lu! Gua tak tipu! Betul punya cakap lu!



Akhirkata dari gua, kenang gua dalam doa makan malammu. Semoga lu berbahagia, beb!





Yang Benar,

RockerSejati

Tuesday, October 19, 2010

waktu.

gambar Adam time dia 2 tahun..( xde kene-mengena pon dgn entry ni)
sekarang..

saya amat mengharapkan waktu malaysia sama dengan waktu Morocco.

Ada banyak perkara yang saya perlu uruskan.

Ya Allah,permudahkanlah segala urusan..


Tuesday, September 21, 2010

bertuah la..

Assalamualaikum..

wah..akhirnya.. berjaya juga saya update blog ni yang sekian lama x berusik..
hampir 4 bulan..

memang berlambak cerita best and benda-benda yang gempak jadi dalam hidup antaranya :

1) Kene tinggal kat Spain sorang-sorang dan balik ke Morocco sorang dalam ketakutan to da max sebab ada problem sikit.

2) Saya dapat anak buah baru yang namanya Arsyad.. (dia sangat DEBAB..!!!)

3) Mak saya datang majlis konvokesyen saya di Morocco (Yeah..!!akhirnya dah abis belajar..!!)

4) Bercuti di Turkey selama 11 hari dimana Accommodation and makanan tak payah bayar sebab duduk dengan kawan-kawan Turkey yang belajar di Morocco.(sebenarnya tak ada tiket balik ke Malaysia melainkan kene transit kat Turkey 11 hari..padan muka..book lagi tiket lambat2..)

5) Dah balik Malaysia sehari sebelum puasa.

6) Baju raya paling banyak tahun ni..eheh..

7) Baru dapat tahu yang saya ada MOYANG..!!


Sunday, May 30, 2010

Jalan-jalan

Assalamualaikum...


Semalam lepas frust tak dapat gi "haflah-jamuan" yang kononnya ada,(ahahah),saya,mekda dan dilla (junior saya) ke Marjane.Diorang cakap "jomla kite pergi makan haflah "meja 9" kat Marjane"--

hahaha..kesian junior-junior saya tu..Sebelum tu saya dapat sms dari junior saya di Kenitra tentang satu tempat yang saya kene pergi di Souissi,Rabat untuk wakilkan mereka.Sambil tu kalau ada rezeki cari nama sorang Puan ni insyaAllah dapat makan jamuan sebab Puan tu yang jemput dan siap bagi table no 9 untuk kami.So saya ajak dua orang housemate saya untuk teman ke tempat tu.Diorang pon "menyemat" la (yerla nak pergi haflah kaan..).. Bila dah sampai tempat tu..tetiba kiteorang dapat satu kertas..dan macam tu je..

Dila dah cakap.."erk..xde pape ke?"

Saya dah senyum-senyum..Mekda dah buat muka pelik..(ahaha)..saya cakap kat diorang,takpela jom la kita pergi cari table 9 kat Marjane..ahaha

Bila sampai je Marjane,orang masih lengang lagi..so kiteorang pon main tangkap-tangkap gambar..(saya hanya temankan diorg je..yerla..senior kan..ehehe..tapi join jugak sebenarnya)

lepas tu makan-makan..then pergi beli apa yang patut dekat dalam Marjane tu..Marjane ni kire macam Tesco la kalau kat Malaysia tu..

Teringin nak makan waffle..mula2 tanya berapa harga,last2 orang tu cakap "10 dirham"..so kami pon amik la 3..then cakap nak dengan coklat..untuk tambah coklat tu pon 10 dirham..cet..!!dah tambah coklat tu baru dia bagitahu harga..memang betul la budak ni..!!

(kire 20dirham tu macam rm8 la utk satu mende alah ni dengan coklat..)



nasib baik sedap..!!



Anyway kami memang have fun semalam..hehe..alhamdulillah..sampai penat-penat jugak la kaki pusing Marjane tu (Marjane ni takda la besar mana.Tapi sebab round2 banyak kali..ahah)

so ok..

senyum..!

Saturday, May 22, 2010

Sambung belajar


asalamualaikum..

Saya risau..

Kelmarin,saya pergi satu "muassasah" ni..kira macam tempat belajar tapi khas untuk post-graduate.Saya nak risik-risik pasal macam mana nak sambung belajar kat sana.Ada kawan saya dari Syria rekemen saya untuk pergi sambung belajar kat sana.Kelebihan belajar kat tempat tu banyak la jugak.Tempat cantik,belajar guna komputer,ada library,dapat biasiswa tiap-tiap bulan lebih kurang RM700.Muassasah ni namanya Darul Hadith dan tempat ni under kuasa Raja Morocco.

Saya macam tertarik nak belajar sini bukan sebab dapat biasiswa tu..tapi sebab environment dia yang menarik.Macam Malaysia.Bila pergi je macam bersemangat nak belajar.Tapi belajar kat sini memang strict.Tiap2 kelas amik hehadiran.Kalau ponteng lebih 5 hari kene buang serta-merta.Belajar dari pukul 8 pagi hingga 6 petang.

Lepas tu kalau belajar kat tempat tu kene struggle sikit since lecturer dia diajar untuk mengajar tak bagi muka kat student biarpon dia bangsa asing..Belajar dalam 100% bahasa Arab.Satu sem ada 16 subjek.Wajib belajar bahasa ibri (bahasa yahudi),french,english..

Saya ada tanya pendapat seorang student Indonesia yang belajar kat situ..Dia kata kalau kental nak belajar sini..silakan.Sebab sini tak seperti apa yang anti jangkakan.. (tetibe seram pulak..hukhukhuk)

Lepas dah tengok-tengok tempat tu,saya dengan Azma (junior saya) pi pekena syawarma dekat area muassasah tu..Setakat ni syawarma kat situ memang terbaik..!syawarma ni kira macam kebab la..saya siap bawak sos cili pineapple dalam beg lagi semata-mata nak pergi makan syawarma kat situ..

siap beli take away lagi..ahha...ni la sos yg menjadi pujaan hatiku..!

Tuesday, May 18, 2010

jalan-jalan lagi


Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh...


Dah sekian lama saya tak keluar rumah jalan-jalan.Lepas kawan-kawan saya balik Malaysia,saya hanya keluar untuk pergi kelas perancis,pergi usrah,pergi rumah kak rahmah.Sampai kan nak keluar pergi kedai pon malas.

Hampir sebulan lebih jugak saya duduk je kat rumah.Nak keluar rumah je takde mood sebab takda geng and takde orang nak teman.Junior-junior saya bila balik kelas diorang dah penat.So malas nak ajak diorg.Dua minggu lepas (hari khamis) saya terpaksa keluar sebab nak amik kad pengenalan yang hampir sebulan siap dan saya tak pergi amik lagi..(hehe..MALAS LA NAK PERGI AMIK..!!!)

bila keluar je..fuhhh..macam ada nafas baru..dah alang-alang keluar,saya gi makan sorang-sorang kat kedai makan Thai fav saya (sebab teringin nak makan sushi udang tempura)..sedaaap..sambil tu duduk-duduk baca buku,dah sejam baru balik rumah..ekekek

So hari Jumaat hari tu,Sarah call saya tanya saya busy tak weekend ni sebab nak ajak jalan-jalan dekat Rabat.(wah,saya on je..ehehe)..

Kiteorang pergi souk (setiap bandar kat Morocco ni ada souk khas diorang tapi barang lebih kurang sama je)..Lepas pergi souk,ke Oudaya,Jalan sepanjang laut.then terus ke aswak salam (kire macam supermarket kat Morocco ni) sebab kat aswak salam ada jual barangan Malaysia.

~Cantikkan laut..tenang je ~


saya nak kejar beli sos pineapple tu.Sedaaaap..hilang rindu dekat cili sos Malaysia.Lepas dah membakar duit dekat market tu,kiteorang naik tingkat atas sebab nak makan makanan Asia.Dish yang Sarah amik tu sedaaaap..Rasa macam satay tapi takde serai..Tapi tak boleh lawan satay Malaysia la..Saya macam biasa sibuk dengan sushi saya dengan mee goreng makanan laut.


makan mende alah wasabi ni rase macam nak pecah hidung..ekekek..terus attack kat otak..tapi sedaap..huhu..

boleh la nanti beli mende ni..kalau anak murid nak tido dlm kelas..masak la korang..eheheh

okla..

senyum..!