Tuesday, April 28, 2009

bagaimana??

Adakah otak manusia boleh membesar??

Ingin tahu samada otak anda semakin membesar atau tidak???

cara-caranya adalah :

1)Anda kerap pening kepala
2) Anda sedang berada di fatrah (masa) peperiksaan atau date-line kerja semakin hampir
3)Berat badan anda semakin meningkat dengan jayanya
4)Pipi anda semakin lebar
6)Kepala anda semakin berat
7)Selera makan anda semakin membesar akibat memakan makanan yang menjana otak (eceh..!)

kalau sintom-sintom diatas berlaku maka jangan risau..lebih-lebih lagi bab yang naik berat badan tu.Kesemuanya adalah normal.

Setelah tiga tahun membuat kajian,setiap kali tiba musim peperiksaan,perkara-perkara ini kerap menimpa diri saya.Jadi saya membuat kesimpulan untuk menjalankan sebuah eksperimen dan hipotesisnya adalah "Semakin banyak berat anda meningkat di musim peperiksaan,semakin besar saiz otak anda"

Hipotesis diterima..kerana peningkatan berat badan adalah disebabkan oleh saiz otak yang semakin melebar dan membesar.

Sekian,terima kasih.

Moral of the story : Tolong..!!!sepatutnya musim exam semua orang hilang selera makan..kenapa kat saya jadi terbalik pulak..!!!ishhhh..takpe,takpe..otak perlukan zat yang cukup..(ayat nak sedapkan hati)

oh ya,kak zul bagi saya award..mekasih kak..kak zul ni senior saya time kat sekolah menengah dulu.Kapla geng fly..huhu..tapi sekarang dah ada kerjaya yang sangat best..jurnalist kat Utusan newspaper..waaa..rindu mau lepak sekali r kak..!

Alright, here's what you gonna do:

1. Put this badge in your awesome blog.
2. Award this badge to 10 blogger whom you think are inspirational and friendly.
3. Make sure you put the recipients' names here, along with their links.
4. Let them know about this.

and this badge goes to :

1) kak lilah
2) anak pakcik zahid
3) samseng
4) shidan
5) Idzyhar
6) lavender purlpe
7) sis azuwachan
8) cik kelip-kelip
9) sama seperti diatas
10) yang kat atas ni semua dapat award

SIAP..!

Friday, April 24, 2009

{tag dan tag lagi}

sorry3..

Seriously..this month and the next 3 month, I am super duper busy..so..kebarangkalian nak update regularly tu agak susah..huhu..(sebab kalau tak busy pon belum tentu update blog since ada musuh yang terbesar but kecik sikit dari syaitan and iblis that is MALAS)

kak moon bagi saya award..ngeh3..thanx..dan dia juga tag saya..( kak moon..sorry tau sebab tak jawab tag ni awal2..)


kak moon ni saya kenal dia melalui blog..suka gi blog dia sebab ada macam-macam cerita yang saya sendiri pon tak tahu..saya panggil dia kak moon sebab nama blog dia "cahaya bulanz"..so mcm sedap je bile panggil "kak moon"..huhu.. kak moon pakai spec..dan dia baru start nak buat bisnes..so korang boleh la gi kat blog dia and tanya macam-macam kat dia pasal bisnes dia nanti..apa2 pon..she is a sweet lady..sape nak no phone dia..leh PM saya privately..ngeh3..


so the tag is something like this..

1) Senaraikan 5 hadiah yang anda inginkan..

- JAGUAR S-TYPE R..!!!!(siapa bagi ni..ishhh..semoga anda dapat rezeki yang melimpah ruah ..huhu)

- 350 ribu ringgit (supaya boleh buat pembiayaan pembelajaran saya dalam Master dan P.h.D..ada orang nak sponser saya x??tolong email yea..ekeke)

- Mesin yang boleh memberhentikan masa untuk sementara waktu (supaya saya boleh nikmati saat-saat yang indah dan sempat untuk melangsaikan segala kerja yang tergendala)

- hadiah percutian ke pulau yang ada wireless untuk saya lepak-lepak dengan seluruh family saya..(wireless tu untuk senang nak update blog..eceh..!)

- laptop yang kecik (yang 10 inch tu) sebab senang nak buat thesis..nak..nak..nak..!!!

2) 5 perkara hebat yang pernah dilakukan:

- meniaga di pasar ramadhan time darjah 5..(time ni..sy monitor bisnes..mak tolong buatkan makanan..nak cari duit lebih..susah-susah dulu..sayu bile ingat balik..)

- masuk pertandingan speech contest lawan dengan student Morocco dan menang..(fuh..cuak seyh lawan diorang ni..terer tu mereka-mereka ni speaking omputeh)

- tidur selama 18 jam dalam masa sehari..(fuhh..hebat tu..tak makan..)

-ade 5 keje dalam satu masa (lepas SPM dulu)
1)mengajar tusyen khas untuk seorang budak dari pukul 9-11 pagi (tiap2 hari isnin,rabu,jumaat)
2)mengajar sekolah agama sesi petang dari kul 2.30-5ptg
3)mengajar tusyen untuk budak darjah 5 (sains,math,english) dari kul 8-9.30 mlm (tiap2 hari selasa,khamis,sabtu)
4)tiap-tiap sabtu pagi mengajar mengaji (nasib baik muqaddam..tu yang berani nak terima..kalau al-quran,diorg gi belajar dengan makcik umi..keturunan saya semua gi bljr al-quran dengan makcik Umi..semoga Allah kurniakan kesihatan dan kesejahteraan buat dia)
5)buat bisnes Luxor (direct-selling)..huhu..sempat la merasa rm500

- buat Tiramisu..ehehe..

3) 5 ciptaan yang paling disukai (tidak semestinye melibatkan teknologi)
- Al-kaun (Bermakna Alam semesta)
- An-nas (manusia..siapa tak suka manusia..ngeh3..)
- Al-qalb (Hati..sebab ada macam-macam perasaan yang terhasil dari seketul daging yang kecil)
- Al-nawa' (atau lagi fames dengan panggilan mator yakni hujan..kumpulan hujan tu pon boleh tahan jugak..)
Al-saya (saya laa..huhu..xde idea r..)

4) 5 perkara yang dibenci

-jual ikan (sell-fish)
-perokok (sebab asap rokok juga boleh membunuh..dan mereka ni secara tak lansung tergolong dalam penjual ikan yang berjaya..sell-fish..pentingkan diri sendiri..diri nak sedap..tapi bagi orang lain sengsara..)
- Kuat komplain (alamak..dah la tak bagi sokongan..banyak bunyi pulak tuh...ish..)
- pandang rendah pada orang lain.. (hek eleh..lu macam hebat sangat je..)
- PENIPU

sekarang nak tag sape pulak haa??
sapa nak jawab..angkat tangan..!!!

Thursday, April 9, 2009

{baik sangka}

Baik sangka..

kalau saya gi mana-mana pon,kalau orang suh bagi tazkirah on the spot..topik yang saya pilih adalah baik sangka..!(baik sangka..sampai umah aku tbakar..huhu)

kenapa kita kene baik sangka?lebih-lebih lagi sesama muslim..sebab dalam banyak-banyak perkara mahmudah(perkara-perkara baik) yang paling susah nak dibuat adalah baik sangka..

tetibe malam semalam saya rindu kat arwah nenek saya..dia banyak backing saya..saya rasa kalau dia hidup lagi,sure saya leh balik cuti raya ni..tapi mak saya tak bagi saya balik..dan xde orang nak backing saya..sediihhhh..dah tiga tahun tak makan durian..!!

waktu arwah nenek saya sakit kat hospital,semua adik-beradik mak turun KL (sebab arwah nenek saya masuk wad kat Hospital KL)..

ada la sorang makcik saya ni..dia duduk kat Pahang..(ishh..rindu pulak kat makcik2 saya..diorg ni semua sempoi2..i love u forever makcik2..) so bila dia dapat tahu arwah nenek saya dah tenat,dia pun bergegas ke KL..naik bas sorang-sorang sampai kat stesen bas Greenwood(papan hijau),gombak.Dia sampai situ lebih kurang kul 9.30 malam..dia pon gi umah makcik saya yang lagi sorang kebetulan duduk kat Taman seri Gombak.Kat rumah tu hanya tinggal pakcik saya dan 3 orang anak dia..(makcik saya yang duduk kat Taman Seri Gombak ni kuat kerja..memang respect la..)

So makcik saya yang dari Pahang ni pon suruh anak makcik saya lagi sorang tu teman gi hospital sebab dah malam.makcik saya nak jugak jumpe arwah nenek saya malam tu.nama anak makcik saya yang teman tu Atie..Atie time tu baru darjah 6.

Diorang tunggu bas nak ke KL..Atie cakap kat makcik saya yang sekarang dah pukul 10 p.m,susah nak dapat bas.Makcik saya jalan depan sikit.Tetibe dia nampak ada satu geng mat rempit melepak.Dia pon tanya kat mat-mat tu.. "Assalamualaikum.Nak,boleh tak tumpangkan makcik ke Hospital kat KL,makcik nak jumpa mak makcik.Dia tenat sekarang ni." (dialog ni lebih kurang mcm tu r)

Mat rempit tu pon setuju.Tapi dia tanya makcik saya,tak kesah ke naik motor?makcik saya kata tak kesah.Makcik saya bonceng kat sorang Mat.Atie bonceng kat sorang Mat lagi.Makcik saya pesan,kalau diorang larikan Atie,siap diorg..!!

Alhamdulillah,malam tu diorang sampai jugak kat hospital.Makcik saya upah mat-mat tu sebab hantar makcik saya.Tapi diorang tak nak terima..

makcik saya cerita yang diorang bawak motor tu laju tahap maksimum..!macam pelesit..Atie genggam baju Mat tu sampai cramp tangan-tangan dia..huhu

jadi moral kat sini..bukan semua orang itu jahat.cuba bayangkan kalau makcik saya buruk sangka dengan mat-mat tu..agak2nya sempat tak dia nak jumpa arwah nenek saya.buruk sangka juga leh menjatuhkan satu institusi masyarakat.sistem dakwah juga tak boleh dijalankan.

kadang-kadang kita tak perasan.dalam kita buruk sangka terhadap adik-beradik@kawan-kawan kita sama je macam kita jatuhkan mereka secara abstrak..selain tu,hati kita pon akan jadi jauh untuk mengenali seseorang.

Allah ada berfirman dalam surah al-khujerat ayat 12 :

يأَيُّهَا الَّذِينَ ءَامَنُواْ اجْتَنِبُواْ كَثِيراً مِّنَ الظَّنِّ إِنَّ بَعْضَ الظَّنِّ إِثْمٌ وَلاَ تَجَسَّسُواْ وَلاَ يَغْتَب بَّعْضُكُم بَعْضاً أَيُحِبُّ أَحَدُكُمْ أَن يَأْكُلَ لَحْمَ أَخِيهِ مَيْتاً فَكَرِهْتُمُوهُ وَاتَّقُواْ اللَّهَ إِنَّ اللَّهَ تَوَّابٌ رَّحِيمٌ

O you who believe! Avoid much suspicion; indeed some suspicion is sin. And spy not, neither backbite one another. Would one of you like to eat the flesh of his dead brother You would hate it. And have Taqwa of Allah. Verily, Allah is the One Who forgives and accepts repentance, Most Merciful

(saya stress r sbb tulisan arab ni xle nak besarkan..kalau tak nampak korang tengok la dalam al-quran yea..surah ni ke 49)

Tuesday, April 7, 2009

{tragedi}

kadang-kadang bila lagi lama duduk kat morocco ni..rasa macam menyampah pon ada..jadi tak hairanlah kenapa saya suka mengutuk negara ni..tapi kalau fikirkan balik..tak kerana negara ni..mungkin saya pon akan jahil tentang ilmu agama..

tapi saya tahu..kalau ini terjadi pada anda..anda juga akan mencarut..

semalam..tengah saya dengan chip lepak2 dalam bilik..

saya : Ishh..lapaz la pulak..nak masak maggie la jap..
chip : laaa..kan nak keluar..makan kibdah la..jom.. (kibdah ni roti berintikan hati dan pedal ayam..fuhhh..syokk)
saya :alaa..tak tahan dah ni..

saya pon ke dapur..tengah bilas-bilas periuk tetiba chip jerit..

Shiroooooooot..amik air CEPAT..!!

dalam masa yang sama ada orang ketuk pintu rumah kuat sangat..saya panik..sebab sebelum ni ada kawan indo saya dan senior saya penah kene pukul dengan parang..kawan indo saya kene sampai berdarah-darah..time tu saya hanya terfikir..Ya Allah..siapa pulak la jadi mangsa ni..Tetiba saya tengok bilik..chip berlari-lari ke bilik air..

Ya Allah..apiii...!!

berhenti kejap jantung saya time tu..besar sangat api..dah start marak sampai siling..saya gi amik air..chip cuba tepuk-tepuk api guna bantal..(dah la bantal pelukku pulak tu yang berjaya dicapai)..sebab kalau angkat selimut memang tak larat..tebal dan agak berat

Alhamdulillah..api tu sempat padam..sebab ada orang tarik langsir yang terbakar tu dari luar..tapi yang sedih..blazer,tudung,jubah terbakar..sedih giler blazer first year saya tu terbakar..tu je la blazer yang ada...!!tapi apa-apa pon semua nyawa selamat..

mak angkat kami (madam hayat) turun tengok apa jadi..terkejut dia bila tengok syiling dah hangus..dia mengamuk kat budak2 yang main luar rumah kita orang..sebab ada salah seorang budak main api kat luar umah kitaorg..dan disyaki sengaja mencucur api kat langsir umah..sebab mustahil api tu terkena langsir melainkan orang tu sengaja nak buat sebab langsir tu ada kat sebelah dalam..pastu tingkap rumah agak tinggi..

geram je..sebelum ni diorang selalu je main baling batu,kayu,ludah kat dalam rumah pon penah..melampau kan??tapi..bila fikir balik..rasulullah S.A.W kene lagi teruk dari ni..

kalau kat malaysia tu mungkin la releven kalau murid bakar kete cikgu sebab tak puas hati kene marah..ni kami lansung tak cari pasal..tegur pon jarang..nak cakap apatah lagi..

tapi semua yang terjadi ni ada hikmahnya..tak ditimpa sesuatu dugaan itu melainkan menyuruh kita berfikir dan sedar..

Ya Allah janganlah kau golongkan kami didalam golongan-golongan orang yang tidak bersyukur.