Thursday, May 6, 2010

kelas french..

Assalamualaikum..

Untuk menyebok kan diri saya dan mengisi masa saya..saya daftarkan diri untuk amik kelas french for beginners dekat bandar..

So kelasnya tiap-tiap petang isnin dan rabu.Mula-mula takut jugak sebab saya sorang dan kelas tu start pukul 7 malam.Saya cuba jugak cari kat tempat lain tapi semua tak menepati apa yang saya nak..Tempat tersorok la..insfraktuktur a.k.a tandas tak bagus la dan mcm2 lagi..Lagipon kelas yang saya amik ni murah sikit.

Lama jugak saya amik masa utk buat keputusan ni.Yerla,kelas petang.Pulak tu saya sorang.Selain tu ada kawan sy cakap takut tak guna je ilmu ni..Ilmu tanpa amal kan umpama pokok tanpa buah.Tapi lepas lama2 fikir,insyaAllah guna jugak tu nanti..Dah cuba mintak waktu yang lain tapi pegawai yang incharge tu cakap untuk beginners hanya ada waktu tu je.So saya pon tawakal je la amik kelas tu.

First day saya keluar tu takut sangat.Macam-macam junior2 saya pesan..(risau jugak diorg ni kat saya..hukhukhuk)..Sebab hari dah nak senja.So saya amik teksi then terus ke tempat tu.Bila sampai kat kelas pulak dah masuk waktu maghrib.Saya tanya receptionist tu nak solat kat mana,so dia pon cakap kat tingkat satu.Fuh..lega..ada tempat solat.

Kelas first saya sikit sangat orang.Ada tujuh orang je kot.Dan saya sangat terkejut sebab time saya solat tu ada sorang minah ni join sekali..dan minah tu adalah Prof yang incharge untuk mengajar kelas saya tu.hukhukhuk..

Macam biasa la..kelas first Prof ajar macam mana nak sebut ABC dalam french dengan betul dan suku kata dan macam mana nak sebut perkataan dengan betul.Sangat seronok sebab belajar dari basic and boleh tanya kalau tak faham since kuantiti pelajar sikit so prof boleh pay attention lebih kat kita.

Kelas habis pukul 9.Memang takut tahap maksima nak keluar ke bus stop cari teksi untuk balik umah.Nasib baik minah yang duduk sebelah saya time dalam kelas tu kata dia nak ke bus stop depan.So saya cepat2 ikut dia.Kalau ada apa2 jadi..ishh..xnak la fikir..

So saya pon tunggu la teksi.Bila teksi sampai,saya macam nak berebut teksi dengan seorang wanita ni..huhu..then baru la perasan yang dia tu Prof saya tadi..

So sekarang ni kalau nak balik,saya dah ada geng sebab saya akan balik dengan Prof tu.Dan yang lagi best kalau ada apa2 tak faham saya boleh tanya dia time dalam teksi sementara nak sampai kat umah dia.oh ya..duit teksi pon jadi lagi save sebab kite cutting dua orang..

okla..taktau dah nak cite ape..

Au revoir..!

Tuesday, May 4, 2010

emo..dengan Maya ADAMAYA!

Assalamualaikum...


baru lepas tengok cite ADAMAYA episod 17..sangat stress dengan Maya sekarang ni..warghh!

huhu..~~

saya dengan aman and mekda sangat tak puas hati dengan Maya dari episod 14 lagi..diorang ni peneman setia saya time tengok cite Adamaya..huhu..

so konklusi yang kiteorg boleh buat adalah :

1) Cinta takkan terjadi kalau bertepuk sebelah tangan.(maya yang pegi bagi feedback kat Dani buat ape..hishh)

2) Kalau iman tak kuat,memang senang nak menyerong (Sebab tengok maya tak solat subuh walaupon Adam dah bangun untuk solat dan dia cakap kat episod 17 tadi dia bangun lewat..wahaha)

3) Banyak2 bersabar dan jangan cepat melatah..( sangat respect dengan Adam sebab berjaya berfikir dengan rasional,hurm..kalau saya la..dah cubit maya kat betis dia..pastu cucuk bijik mata dani..sibok je nak tackle bini orang..org yg single kan berlambak lagi..macam saya,dayot,jeyhan dan ramai lagi..wahahaha...!)

okla..

itu je untuk hari ni..!

Monday, May 3, 2010

Program

Assalamualaikum..

erm..hari sabtu lepas persatuan pelajar kat sini ade organize satu program "protokol"..memang agak menarik.Sebab pada saya,kite memang perlukan "ilmu" itu apabila berdepan dengan mereka2 yang sepatutnya.Ia juga sebagai tanda hormat dari kita kepada beliau,mereka dan...

sebab "hormat" tu kan penting dalam kehidupan seseorang.Kalau takda rasa hormat tu yang boleh buat gaduh la,ape la..

So selain tu ada slot motivasi yang berjaya membangkitkan jiwa pelajar2..yerla.. selalunye student2 islamic studies ni memang low-self esteem sikit.yerla,kalau kita tengok pon,berapa ketul sangat organisasi yang nak sponser pelajar pegi belajar untuk amik pengajian Islam.Dan peluang pekerjaan,kalau tak terer nak cari peluang,konferm la menjadi penganggur yang bertauliah tak pon penternak lemak yang berjaya..huhu..

still teringat lagi time sebelum saya datang sini, ada sorang makcik tu cakap macam ni lagi "alaa,konfem tak pegi la tu.." sebab panggilan flight pelajar untuk ke Morocco ada problem..cet..jenggrenggunggeng..!

Beza kalau orang dapat tau pelajar yang belajar islamic studies dan course2 professional macam engineer, doctor dan sebagainya.Tapi sebenarnya course agama ni tak kurang hebatnya.cuba check kat dalam al-quran dan hadith, asas sains,matematik,bisnes studies, akhlak dan kehidupan dan baaaaaaaaaaanyaaaaaaaakkkk lagi terdapat didalamnya..

Tapi alhamdulillah,setelah waktu berubah,ramai orang yang telah berubah pendapat pada student2 ni dan pada Islam itu sendiri..mereka mula memandang akan pentingnye mereka2 ni..

xpela..anyway..untuk mereka-mereka yang mempelajari ilmu agama ni,janganlah kalian rasa rendah diri kerana rezeki,manfaat dan kemudharatan tu ada di tangan Allah.Macam encik Suhaimy cakap :adakan objektif dalam hidup (sedangkan imam Syatibi susah2 fikir tentang objektif hukum Allah,kite ni dah memadai untuk fikir objektif hidup sendiri je)

kita perlu fikir dan hidup diluar kepompong pemikiran kita.Bergaul dengan orang supaya kita boleh dapat pendapat baru.Dan jangan cuba untuk melangkah garisan syariat yang telah Allah tetapkan sebab kalau langkah jugak..masak la ko..!

dan untuk makcik yang mulut bajet power yang x kesah pasal hati orang lain..nanti saya bawak kete jaguar x-type R,taknak bagi makcik tompang siap nak saje je hon2 depan umah makcik sambil pakai spec mata hitam yang besar..huhu (konfem la saya x dpt kete ni sbb niat nak berlagak..wahahahaha)

okla..itu je kot untuk saya melalut pada hari ni..

Saturday, May 1, 2010

Makan tengahari

Assalamualaikum..

Setelah sekian lama tak dapat jemputan dari minah-minah arab ke rumah mereka untuk makan tengahari,tiba-tiba pada suatu hari,mekda (my junior tahun satu) sampai ke rumah dengan tercungap-cungapnya kemudian berkata :

"Kak shirot,pi umah arab esok nak??makan kus-kus.."

(mekda ni asal Perlis dan loghat negeri dia masih pekat kat lidah tu)

saya : erm,tengok la dulu..

mekda : ala..meh la..hampa tau nak borak-borak apa dengan depa nanti,kami pi dengan kak fie je..nanti tak cakap apa-apa.

saya : haa..yerla..

kemudian,lepas solat jumaat,kiteorang pon bertolak ke rumah kawan mekda tu..

Bila sampai je rumah kawan mekda tu,tak menyempat-nyempat terus hidang air..then terus hidang kus-kus.Selalunya,arab ni..kalau kita sampai rumah dia,baru la dia nak start masak.Kalau macam biasa,kami akan melalui fasa-fasa kebuluran dulu,dan bertukar menjadi pelahap kemudian.


Ish..bila dah lama tak pekena kus-kus,tetiba dapat pulak,memang jadi macam wanita yang duduk dalam gua time zaman batu dulu..hukhukhuk

Teringat pulak saya masak kus-kus untuk family saya time saya balik cuti hari tu,dengan semangatnya,saya pon cerita kat kawan baik saya Aminah.So,dia pun tanya : "macam mana ko buat??"

"erm..aku letak ni..bla..bla..bla..dan aku letak serbuk kulit kayu manis"

last2 berdekah2 minah tu gelak..saya tanya apsal??dia cakap.."ko buat kus-kus ikut cara org Malaysia ke ape??Mana ada kus-kus letak serbuk tu..konfident je.."

Jadi..kepada sedara-maraku yang salin resepi hari tu,tolong buangkan "serbuk kulit kayu manis" dari senarai resepi tersebut yea..

lepas makan,kasi makanan turun sikit,kawan mekda tu hidang teh.Lepas minum teh dan solat asar,kiteorang pon bertolak balik rumah.Bila tengok kawasan rumah dia,sayu pulak saya rasa.Selamba je family dia duduk dekat rumah yang baru 70% siap,dan ada orang-orang yang duduk kat kawasan rumah dia tu rumah setinggan yang beratapkan plastik dan baru-batu lebihan yang diorang kutip dari saki-baki binaan lain.

kami cakap terima kasih yang tak terhingga kat kawan mekda sebab sudi jemput kiteorang walau dalam serba kekurangan tapi kami sangaat2 happy dapat jemputan dari dia dan kawan mekda ni lain dari yang lain sebab dia ni lucu.Asyik gelak je kat rumah dia.

hurm..

okla..nak siap2 untuk program hari ni..nanti update lagi yea..

p/s: Wajia..aku saja je buat entry ni..aku tau ko tgh mengidam kus-kus kan..hakhakhak

Thursday, April 29, 2010

hangat-hangat


Assalamualaikum..

erm..nampaknya bulan ni ada dua entry..bahahah...

sebenarnya tiap2 hari rasa nak update blog..tapi bile dah duduk depan lappy,bukak2 facebook,then tetiba rasa macam malas pulak..

tapi kelmarin,saya jalan-jalan dari satu blog,ke blog yang lain.Wah,tetibe melekat kat satu blog ni.Dah la comel blognye.Entry dia pon best-best.Saya baca entry dia dari dia bujang, hingga ke persiapan dia nak kawen,sampai la dia punye work life segala.Sangat menarik.

Tetibe termotivated pulak dengan blog dia.Jadi,mulai hari ini,saya tak nak hangat-hangat taik hayam lagi untuk update blog..!Saya siap tukar skin baru,tambah-tambah ape-ape yang patut,buang apa-apa yang tak patut..

Dah lama sangat saya tak update blog dan tak membaca blog orang lain.Asyik takde mood je (mau asyik takda mood..geng2 saya dah balik Msia dah semua..!)

Untuk meraikan "kesemangatan" saya update blog,saya siap buat kek coklat lagi.Chewah..!

Okla..



Tuesday, April 6, 2010

apa-apa sahaja

Assalamualaikum..

ni entry untuk bulan ni..hikhikhik..

xdela..

sekarang saya dah tanam azam..(kesian azam..tak sempat mati lagi dah kene tanam..huhu)

saya nak update blog sekerap yang mungkin sebab nak isi masa saya..dulu tujuan saya buat blog ni supaya keluarga saya yang berada di Malaysia tu boleh baca..khususnya mak saya..at least dia tau macammana kehidupan harian saya..

Pernah sekali tu sebulan saya tak call family saya kat Msia,tak online YM dan tak update blog.. tiba-tiba kakak saya hantar SMS..nak pastikan samada saya masih hidup atau tidak di Morocco ni..waktu tu rumah kami ada masalah dengan internet..Terharu saya bila dapat SMS tu..hehe.. tak sangka korang sayang padaku..~~

Sehingga la pada suatu hari setelah sekian lama saya tak update blog..dan kebetulan hari tu saya masukkan entry baru.Saya pon telefon mak saya,tanya khabar dia,borak-borak sikit (dan gossip2 sikit)..Lepas tu saya cakap kat mak saya : "mak..sheah dah update blog.."

mak : oh..ye ke?bagus la..
saya : hehe..
mak : Tapi apa yea link blog sheah??mak dah LAMA TAK BUKAK
saya : (terkesima)~~APAKAH??

saya : cet..ada ke patut boleh lupa.. ni ha.. "www.thesilentsins.blogspot.com"
mak : (gelak nakal).. sebab bila mak bukak je entry sama.Tu yang mak dah tak bukak-bukak dah.

moral of the story,kalau anda malas,orang akan lupakan anda..hukhukhuk..~~


Friday, March 5, 2010

blog sebulan sekali..~~

hehe..setiap kali update,sure nak tulis.."dah lama tak update story kat blog ni"

agaknye dah boleh dapat title blog "update sebulan sekali"..

Alhamdulillah..saya dah selesai satu fasa belajar..masih nak daki lagi..banyak sebenarnye aktiviti2 menarik yg terjadi selama sebulan ni..

mcm birthday sy tahun ni..macam2 hadiah saya dapat..Daripada Allah..memang tak terkata la banyaknya..

Dari mak saya..doa..(tapi kalau dapat kereta sebijik pon ok jugak..ekekek)

Daripada adik-beradik yang lain saya dapat birthday wish..tanda diorg ingat kat saya..eheh..

kami serumah ke Marakech time 13/2 n 14/2..sangat best..selalunya balik hari je..tapi first time dalam hidup saya kat morocco ni menginap kat apartment hotel yang sangat cantik..macam hadiah harijadi untuk diri sendiri pulak...memang sangat2 cantik..hehe..mula2 masuk tu tak percaya..hikhikhik..bagaikan syurgaaaa

tiga tingkat and setiap tingkat ade 1 bilik..plus siap ade plasma tv,dining hall,kitchen,toilet untuk setiap bilik..memang best la..
sepanjang bulan 2,kerja saya asyik buat kek..macam2 kek yang saya buat sebab saja nak habiskan bahan yang ada..saya buat red velvet cake,chocolate cake dan macam-macam lagi la..ahli rumah saya buat blur je mula2..cuma wish je la..hehe.. tak harap apa2 pon dari diorang..sebab yerla,dah besar kan..umur pon dah 22 tahun..lagipon time 13/2 tu kiteorang ke Marakech..so sy x sempat nak masak..

last2 1/3 baru la diorang buat suprise kat saya,beli custard fruit cake..hehe..comel betul.. beria-ria halang tak bagi saya pergi mohamedia malam tu..rupa2nya diorang ada plan..hikhikhik.. thanx adik2 and kakak2 yang busuk..!(pandai korang yea.. 15 hari kemudian baru nak buat suprise..)

(perasaan saya sejak akhir2 ni kurang baik..mungkin sebab kurang sihat kot..baru baik demam..)

oklah..sambung esok..insyaAllah..