Friday, March 27, 2009

cari kerja


dah sebulan 2 minggu tak menggunakan evoiz..(evoiz ni macam phone card untuk call malaysia.)

boleh tahan la jugak..

so tadi,tetibe rasa macam nak call my cousin..update gossip-gossip terkini..

kebetulan pulak hari ni cuti..

so..

fatin : hello,sapa ni?
saya : hello,assalamualaikum,ni balai polis ke?
fatin : tak..siapa ni?
saya : (diam sekejap)
fatin : hello..hello..

fatin letak..saya tak leh sambung cakap..sebab nak tergelak lepas dengar suara dia macam agak gelabah..mana taknya..dah la tepon time maghrib..huhu

so saya try lagi sekali..tapi kali ni bukan dia yang angkat..

kawan fatin : hello,sape ni?
saya : fatin ada??
kawan fatin : ni siapa?
saya :sedara dia yang paling cun dalam dunia
kawan fatin: (time ni dia passing fone dekat fatin) cakap..budak ni kata "sedara yang paling cun dalam dunia"

kat situ dengar suara fatin cakap "..ishh..taknak la..takuttt.."

letak..

saje je nak kaco-kaco orang..
takde keje..

moral of the story: apabila kita tiada kerja..marilah kita cari kerja

Tuesday, March 24, 2009

{bahasa}

pernah tak dengar perkataan "barbar"?

bukan barber..barber tu orang yang gunting rambut.Tapi Barbar..Barbar ni kalau kita tengok sejarah Morocco adalah penduduk asal negara ni.Orang-orang Barbar ini dikatakan orang yang menetap di Utara Afrika.Antara negara-negara utara Afrika seperti Morocco,Tunisia,Muritania,Algeria dan banyak lagi..(tak ingat)..tengok peta la yea.. Dan ada sesetengah penduduk Andalusia juga berasal dari suku kaum Barbar ni.Alamak..Andalusia tu negara apa pulak??OK..kalau nak cerita pasal Andalusia..korang sila la pergi ke wikipedia yang banyak membantu itu..tapi antara daerah negara Andalusia ni adalah dari "perut" negara Spain..sampai lah ke Senegal.Besarkan?haaa..tu la kehebatan tentera Islam dulu..

Ok..sambung cita pasal orang-orang Barbar..kalau kita baca atau terdengar pasal Barbar ni..mereka ni sinonim dengan "keganasan"..kalau ikutkan pon..diorg ni memang ganazz sikit..kalau baca sejarah Morocco..Kerajaan Islam amik masa 70 tahun untuk menakluki Morocco ni..sebab kedegilan and ke"terror"an mereka dalam ketenteraan..So asal penduduk Morocco ni bukanlah berbangsa Arab..

Barbar ini ada 3 puak..(nnt la saya cite..x habis lagi baca buku tu)..Jadinya..masih ada lagi saki-baki orang yang berasal dari kaum "Barbar" ni..dan bahasa yang mereka gunakan dalam pertuturan seharian dinamakan "Amaziria"..Dan tulisan kepada bahasa ini dipanggil "tifinagh"

Sem ni..saya kene belajar bahasa ini..sebab bahasa ini merupakan antara bahasa yang tertua didunia..macam bahasa Sanskrit tu..kan tua..kalau kat negara kita ni..macam bahasa Jawa la..tak ramai orang tau..tapi masih ada yang menggunakannya..

ape-ape2 pon..ade budak kantoi pulak tdo dalam kelas..cess..hampes..

Sunday, March 22, 2009

{tag oh tag}

saya di tag lagi..

mari main tag beramai-ramai..

kali ni saya telah di tag oleh rumate saya..tapi dia bukanlah seorang yang rumit..cume kami duduk didalam bilik yang sangat rumit..(now i know where the word "roomate" come from..ekeke)


1. Copy badge "2008 Cute's 3logger Award" di atasuntuk diletakkan di blog anda.
2. Link/ceritakan kembali siapa yang memberikan award ini kepada anda.
3. Setiap blogger mesti menyatakan 10 fakta/hobi diri sendiri sebelum memilih penerima award seterusnya (anda di-tag).
4. Anda perlu memilih 10 penerima award seterusnyadan menyatakan nama mereka di blog anda.
5. Jangan lupa melawat blog kawan anda dan meninggalkan komen yang menyatakan mereka telah di tag.


orang yang bagi saya award ni nama dia Nurzahirah Bt Zahid so obviously dia anak pakcik Zahid dan makcik Ruby..makcik ruby ni terror masak..so nanti nak cop makcik ruby tolong cater weddingku la yang tak tahu bila tuh..erm..anak sulung (yang sibuk dia duk bebel-bebel pasal betapa bestnye anak sulong nih)..dia ni sometimes could be so "bebel"est kinda girl..sometime so silent (mcm silent sins..ekeke)..dan kami ada byk interest yang sama..like suka testing makanan.. suke duduk depan pc berjam-jam walaupon tak tahu nak buat ape..dan macam-macam lagi la..oh,ya..dia ni pandai mengarang..

10 hobby/facts about myself

erm..

1)A muslim and proud to be a Muslim
2)my darling is my lappy (fuhh..kalau takde laptop..mcm mane nak tepon mak)
3)loves gadget..(suka tengok mende-mende yang canggih)
4)masih memikirkan cara-cara untuk mendapatkan jaguar S-type-R
5)suka melancong dan melencong
6)suka membaca (apa-apa saja..tapi kalau copy-paste kene tunggu mood)
7)tak suka orang tengok perkara-perkara yang saya tengah buat (saya selalunya akan buat semua mende time orang tengah tidor)
8)suke tidoooooooooooooo..(nikmat)
9)ingin jadi penterjemah
10)dan yang paling penting..saya amat menyintai,menyayangi dan merindui keluarga saya..

nak tag sape ni yea??

1) samseng
2) miss lolly
3) Hanie
4) Kakakku kak ain (ain..tag aku yang 2 tahun lepas tu ko dah jawab ke blm?)
5) saya nak tag balik orang yang tag saya boleh tak?
6) agak-agaknya la kan..kalau tag Chedet..dia layan tak??
7)
8)
9)
10)

alaaa..tak tahu la nak tag sapa lagi..sebab makcik zahirah ni dah tag semua orang..ishhhhhhhh..

Saturday, March 21, 2009

~TAG~

hek eleh luu..apsal tak update2 blog?

kenapakah saya tidak meng"update" blog?

a) MALAS
b) elektrik takda
c) masalah internet
d) semua yang diatas

jawapannya adalah D..semua yang diatas..sebenarnya nak update hari Ahad,tapi dapat jemputan dari kawan.(saya belajar buat roti waktu kat rumah dia) so tunda hari Isnin,tapi tetibe "MALAS" telah menyerang saya.Habis mata saya lebam-lebam.Teruk betul la "MALAS" ni.Kesian saya..

bila hari Selasa,tetiba je rumah kami black-out.Memang gelap-gelita.Satu kampung gelap.Sebenarnya area rumah saya pon nak join "Earth hour" tapi terawal pulak.dan bukan setakat sejam tiada elektrik.tapi berjam-jam.adoiiii..

Hari Rabu,Khamis,dan Jumaat,internet umah kami buat pasal pulak..pada hari-hari ni,saya dan rumate saya tersangatlah rajin.Boleh dapat anugerah pelajar cemerlang nih.Bangun awal,tidur awal,gi kuliah awal..rajin tak kami??tu tak cukup lagi..yang tak daya tu,buku yang saya beli 3 bulan lepas berjaya saya habiskan dalam masa sehari.(kalau tak,baca 2 baris,dah berdengkur.)

Tadi barulah orang "telekom" tu datang repair internet rumah kitaorang..bila ada internet,rasa macam maju kehapadan pulak..egegeg..

Thanx to encik "mustaffami" sebab tag saya..

setelah menelek dan menilai gambar..rasenya gmbr ni la yang paling menepati ciri-ciri yang telah ditetapkan..

gambar ni time mak datang tahun lepas.kiteorang dekat Al-hambra,Spain.Seriously time ni teramat lah penat.Lama jugak kiteorang rehat.Mak stress je sebab dia baru tau yang kamera dia takda bateri..ni pon tumpang camera untie Zaharah.Nasib baik bateri camera Untie Zaharah full sebelum kami ke Al-hambra.Mak tau bateri dia "kong" bila elok-elok je masuk entrance Al-hambra.Hehe..memandangkan kiteorang rehat terlalu lama (woo..letih tu nak jalan),kiteorang terlepas nak masuk taman yang last sekali..Tapi tak kesah sangat sebab dalam tu takda ape-ape sangat.cuma tempat kubu peperangan and penjara-penjara zaman dulu.

Cuba korang tengok kat gambar tu.Beg mak kembung.hehe..beg tu banyak berbakti kat kitaorang.Macam beg Doremon pulak.Ade macam-macam sumber "tenaga" tuuu.kalau haus je "maaaakkk,nak air"..ehehe..kalau lapar.."maaaakkk..lapar laaa"...tapi kalau cakap "maaakk nak duit"..bersedialah menerima serangan..


tapi apa-apa pon..trip tu memang best..

to mak saya..makkk..tahun ni taknak datang sini lagi ke??

to kak ain.shahir,abg shezal and abg sheman..KUMPUL duit kalau nak datang sini..!

Friday, March 13, 2009

Tiramisu



semalam lepas balik kuliah tak tahu nak buat ape.. terasa macam nak masak pulak.Lepas settlekan segala mende yang kene buat,saya gi dapur tengok ape ada untuk mengisi perut yg hensem ni..bukak peti tengok ada bahan-bahan untuk buat tiramisu..sebenarnya planning nak buat malam maulid nabi hari tu sebab my junior teringin nak makan.Tapi sebab busy nak prepare untuk program so tergendala pulak plan nak buat tiramisu.Dah seminggu tengok kat youtube cara-cara untuk buat tiramisu.So surf resepi dekat google. Resepi tiramisu

Bahan-bahan

200gm whipping cream

250gm cream cheese

30ml susu segar

80gm gula icing

18-20 keping biskut span ( boleh diganti dengan cebisan kek span)

170ml air kopi ( dicampur gula)

Serbuk koko secukupnya

30gm parutan coklat

Strawberries utk hiasan


Cara membuatnya

1. Pukul whipping cream sehingga kental. Ketepikan

2. Putar cream cheese hingga lembut. Pastikan cream cheese dibiarkan dalam suhu bilik sebelum digunakan

3. Masukkan susu dan gula. Putar lagi hingga ringan

4. Campurkan whipping cream dengan dengan cream cheese, kacau rata

5. Celupkan biskut ke dalam air kopi. Susun beberapa keping dalam mangkuk kaca

6. Ratakan separuh campuran krim

7.Ayak serbuk koko diatasnya. Ulang langkah 5 hingga 7 sehingga habis biskut dan krim

8. Hiaskan dengan strawberries..

(bab yg letak strawberry ni saya tak letak sebab tak gi petik..ngeh..ngeh..ngeh..)

Thursday, March 12, 2009

{tahniah}

To my darling "busukkest" sister in the whole wide universe..Congratulation on your new "HUBBY"..(abg aidil..jgn marah..)..ni belog kak ain

Semoga Allah taala memudahkan segala perkara dalam hidupmu.Bisehah wa rahah 'ala hadiah jadidah..~meaning: semoga bergembira dengan hadiah baru ni~

aku sentiasa mendoakan semoga ko kaya cepat supaya ko boleh lupakan segala hutang2 aku tu yea..huhu

Wednesday, March 11, 2009

{maulid nabawi)

Selamat menyambut Maulid Nabawi~~

Semua orang suka maulid nabawi..india pon suka..cina pon suka..melayu lagi la suka..sebab dapat cuti umum..sapa tak suka..kegembiraan yang tak dapat disangkal,tapi selain daripada cuti,kegembiraan apa lagi yang kita dapat sempena Maulid Nabi ni (fikir-fikirkanlah)

Teringat pulak time bercuti kat UK musim panas yang lepas,saya ada join "New Muslim Project" di Sheffield.Semuanya secara kebetulan.Saya melintas jalan untuk ke Hillsborough.Tetibe ternampak ada sorang minah salleh ni lalu.Saya terkejut sebab jarang jumpa converts dekat area umah Walkley dan Hillborough.So,saya pon pergi tegur dia,kami borak-borak sekejap dan bertukar No.tel..Nama dia Kate..Tapi nama Islam dia saya lupa pulak..dia banyak ajak saya join program-program converts yang dianjurkan oleh NMP macam hari sabtu ada study school (kami berlajar pasal Islam~rukun Islam,perkara-perkara wajib,mengaji Al-quran,perihal perbezaan mazahab dan banyak lagi)..Saya kagum betul dengan Kate,dia baru masuk Islam 5 tahun tapi dia terer pasal mazhab syafie..saya terkejut.Sebab dia boleh terangkan dekat kawan-kawan yang lain tentang niat puasa yang ada khilaf antara beberapa mazhab..mereka ni sungguh tabah untuk mempelajari Islam..(terasa diri ini kerdil sangat)

Bila tiba bulan puasa,tiap-tiap hari Sabtu sejam sebelum buka puasa,kami akan ada "Talk" pasal sirah Nabi.Dari kelahiran,Kenabian,Peperangan dan sehinggalah Nabi Salallahu Alaihi Wassalam wafat.Ada salah sorang Malaysian ni nama dia Yasmin.Dia pon baru masuk Islam (waktu saya kenal dia tu dia baru 2 bulan masuk Islam..)..dia berbangsa Cina..tapi dia pakai tudung cantik sangat..(kalau tengok mereka ni..rasa sayu..sedih..macam2 lah..)so malam tu kami balik sekali sebab kebetulan dia nak ke area rumah saya.Kami pon borak2..saya buatkan dia kuih seri muka sebab dia teringin betul nak makan..Time tengah syok2 makan tu dia cakap pada saya.Kadang-kadang susah nak percaya ada orang sesempurna Rasulullah salallahu Alaihi Wassalam.Waktu mula-mula masuk Islam,kami dah disuruh untuk menyayangi Rasulullah..saya pelik..mungkin sebab sebelum ni agama saya tidak mengajar saya tentang "massenger of God" jadi agak susah bagi saya untuk memahami perkara ni.

Waktu itu apa yang terlintas pada saya cuma ini "Allah itu memang bijaksana..Dia itu adalah engineer..cuba kita bayangkan kalau dia memilih orang yang tidak maksum (bukan mak som..itu makcik sapa entah) menjadi "pesuruh" atau pembawa risalah untuk menyebarkan Islam,agak-agaknya la kan..berapa orang yang nak masuk Islam? sekarang ni,orang yang pakai kopiah pon susah orang nak percaya apatah lagi orang yang susah nak ditafsirkan oleh akal"

saya qoute ape yang dia cakap :"born-muslim has been taught about him since they are still little..not like me.."..pernah tak kita tanya diri kita,sejauh mana kita mengenali Rasulullah Sallahu Alaihi Wassalam dan nabi-nabi yang terdahulu?

Semalam kami ada program Maulid Nabi di rumah Embassador..so Duta jemput "O.K.U",anak-anak kurang upaya untuk memeriahkan program ni..Sesungguhnya saya berasa terlalu bersykur dengan nikmat yang dikurniakan oleh Allah..mereka ada yang tak boleh jalan,tak boleh cakap,tak boleh berdiri..Duta pesan "kalau kita nak berasa bersyukur,rajin-rajinlah tengok orang yang kurang nasib dari kita (tapi jgn pulak jadi takabbur..tu kes lain pulak)" sedih betul la tengok diorang..

pengarah program mintak tolong buatkan kuih untuk program ni..saya dah seminggu tengok resepi "puding marble" ni kat internet..nampak sedap betul..so saya pon buatlah untuk program ni..tapi turn-up puding tu jadi lembik..kalau nak potong kene potong dengan lembut dan kasih-sayang (so orang macam saya memang layak la kan..ngeh3..)

saya marah betul dengan diri saya semalam..saya takut orang tak suka..saya siap masak dua kali puding tu..tambah lagi banyak agar-agar..tapi still lembik..time tu redha je la..dah buat..takkan nak buang..(duit jugak tu)..so selamba je hidang..saya ada simpan sikit kat umah..letak dalam peti..so tadi time makan malam..saya keluarkan dari peti..bila potong..Ok je..geram betul..ishh..gatal la puding ni..

saya cerita kat Zahirah pasal puding tu..dia cakap..nasib baik puding tu lembik..budak-budak kurang upaya boleh makan..sebab semua makanan keras..ada hikmah tuh..agar-agar tu pon diorang tak boleh makan..puding tu je ok..

kalau kalian nak resepi "puding" ni click sini (puding marble)

moral of the story : jangan biarkan kasih kita pada Rasululah Salallahu Alaihi Wassalam menjadi pudar..selagi ada hayat ni,banyakkanlah kajian tentang dia yang boleh meningkatkan keimanan kita..dan jangan lah jadi orang "O.K.U" (Orang Kurang Usaha)

Sunday, March 8, 2009

{kenalkah kamu?}

Adakah anda mengenali budak ini?


nama budak ni Mohammad Adam.Lagi dua bulan,dia akan masuk 2 tahun.Tadi baru lepas chat dengan dia.Lincah betul depan webcam(saja je buat saya rasa tak sabar-sabar nak balik..!)Bila dia nampak muka dia ada kat screen,gembira betul.Siap senyum sampai nampak semua gigi.(Gigi dia dah banyak)..hehe..bila saya bukak webcam,dia lagi happy,siap nak bagi kuih apam (yang dia tengah makan)..nasib baik tak puasa tadi..ish..kalau tak..dah mamah keyboard nih..huhu..

Selalunya tiap-tiap pagi ahad kiteorg akan "dating".So dia akan bangun awal.pukul 7 pagi (waktu Morocco dalam pukul 11 malam) dah "buzz" kat YM.Tapi hari ni dia lambat sikit.(tolong nenek dia kat dapur kot.).tak sampai 5 minit nampak dia depan webcam,tetibe dah cakap bye..(sabar je la)

minggu lepas kiteorang chat jugak kat YM,mula-mula saya malas nak pasang webcam sebab rasa macam mengantuk (memang muka saya blur sangat time tuh)..tapi my sister kata Adam pelik mana datang suara tapi takda muka (call Ym je yang mampu buat masa ni..sebab FREE..ngeh3..),memandangkan kesian tengok dia yang blur,so saya pon pasang la webcam..saya lambai la dia..saya cakap "HI Adam".. tetiba saya nampak kat screen tu dia tepuk-tepung tangan mak dia..Last-last dia nyanyi "sep..sep..sep..tom..tom..tom.."

time tu pelik jugak..pastu kak ain cakap "gambar kau time ko lambai tadi freeze kat screen ni.So dia ingat ko tengah main "sep-sep" dengan dia..adoiii la..

ada sekali tuh,(tahun lepas kot)..saya main webcam dengan dia jugak..sebab kak ain cite dia dah terer cakap.kiteorang pon calling-calling la..saya cakap la.."HI Adam"

nak tahu dia jawab ape??

dengan pelat2 tu dia balas "WAALAIKUMSALAM"

dusyut..!rase macam kene penumbuk kecik dari budak kecil ini..

Moral of the story..jangan ingat budak kecik bijak macam kita sebab mungkin dia lebih bijak..wahahha..

Thursday, March 5, 2009

{perhatian..!}


kepada sesiapa yang berkenaan,

Barangsiapa yang rindukan mak dia..sila angkat tangan sekarang..!!

Ibnu Mas'ud,salah seorang sahabat Rasulullah Salallahu 'Alaihi Wassalam pernah bertanya kepada baginda:
"Apakah amalan yang paling dicintai oleh Allah?"Rasulullah menjawab :"Mengerjakan solat pada waktunya" Ia bertanya, "Kemudian apa?" Rasul menjawab, "Berbakti kepada kedua orang ibubapa" Ia bertanya lagi, "kemudian apa?" Baginda bersabda,"Berjihad ke jalan Allah" (Riwayat Bukhari dan Muslim)


sekian..terima kasih..itu jelah entry untuk hari ini..

Wednesday, March 4, 2009

{help..! I'm in LOVE}

yes..I'm in love..seriously..now i understand how it feels like to be at the "lala-land" or "cloud nine".Mandi tak basah,tidur tak lena.Asyik teringat je.Tiap-tiap malam memikirkan cara-cara untuk mendapatkan dia.Asalnya ni kira macam love at first sight la.Kisahnya macam ni..

Ada satu malam ni,Kak ain (my sister) ajak keluar untuk pergi seven-eleven.Tetibe malam tu teringin pulak nak minum "slurpy".So,kiteorang pon pinjam kereta mak.Mula-mula mak susah jugak nak bagi kiteorang keluar sebab dah malam.Lagipun bukan penting sangat.Kak ain suruh saya pujuk mak (bab pujuk-memujuk ni..bagi kat den..baru lepas dapat PhD kat jurusan ni..eceh..).

Setelah mak tengok muka kesian kami,dia pon benarkan.Tapi dia cakap dengan satu syarat "jangan lepak-lepak tempat lain pulak"..Kami jawab "orait mother.."

Time mak bagi pinjam kereta tu,ishh tak tahu la..gembira betul la dapat keluar..rasa macam..ishh..susah betul la nak cakap..tapi memang gembira la..

So sampai je kat simpang empat area sekolah menengah yang dekat rumah tu,kak ain berhenti..sebab bagi laluan kat kereta lain.Dan pada saat itu la saya terlihat dia.Time tu wa cakap sama lu..mau meletop jantung ni..Indahnya ciptaan ni..Subhanallah..

Kak ain pelik je kenapa saya diam..(dia takut jugak kalau saya ternampak mende-mende yang bukan-bukan)..Saya sebenarnya terkesima,terkedu,terkejut dan macam-macam lagi.

Saya nak jugak bagitahu kat kak ain tentang apa yang saya nampak,tapi saya segan.Takut kak ain kata saya ni gatal.So baik saya diam..simpan je perasaan ni..

Kini,dah 5 tahun masa berlalu.Saya masih tak dapat nak melupakan dia.Saya cakap dengan diri saya,kalau ada jodoh saya dengan dia..adalah tu..kalau takde..saya redha..Dan saya tahu,kalau saya takda jodoh dengan dia..mungkin ada hikmah..tapi saya tak pernah berhenti mengharap.

Saya pernah je cuba untuk melupakannya..tapi tak tahu la kenapa,setiap kali saya cuba,dia mesti datang kembali menghantui hidup saya..agaknya inilah yang dinamakan "CINTA"

















ooo..lupe pulak..saya sempat curi ambil gambar dia..ni ha dia..tak tahu la bagi orang lain tentang dia(ish..takut pulak nak bagi gambar ni)..tapi bagi saya dia memang pujaan hati saya..



























ni la cinta hati saya..kereta idaman saya..(Jaguar S type R)..agak-agaknya la kan..saya ada harapan tak untuk memiliki dia??

Monday, March 2, 2009

{back to school}


alaaaa..sem baru dah start..waaa =(( ..taknak pegi sekolah..!nak cuti lagi..hehe..(matilah saya kalau mak baca ni)..rasa macam kejap je cuti..

hari ni kami ada azam baru untuk sem baru..taknak gi kelas lewat lagi..huhu..baik tak??

kan tiap-tiap hari sabtu and ahad saya kene pergi kursus komputer sebab Ust.Idris Kharshaff suruh..since dia daftarkan..dia kata sesiapa sahaja yang ambil bahas dengan dia kene pergi kursus ni..mula-mula,series..boring tahap gaban kelas tu..sebab dia ajar basic Words,Powerpoint semua tu la..dah la komputer tak cukup..menganga je dalam kelas..sebab dengar cikgu cakap je..pastu minggu lepas asyik datang lambat je..(ala..bukan lambat mana pon..huhu..tapi kira lambat la jugak kan..)


Tapi minggu ni saya datang awal..lagi awal dari cikgu tuh..tetibe rase kelas tu seronot pulak..sebab saya amik inisiatif untuk bawak laptop sendiri..huhu..so takdela menganga je lepas ni..boleh la tutup mulut sikit..lenguh dah menganga..(bagus2..keep up the good work girl..!)

oklah..nak gi sekolah dah ni..